Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1691229487:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Ahli Umno yang namanya disenaraikan dalam kenyataan media semalam didakwa tidak tahu-menahu mengenai perkara itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => keluar Umno
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Umno tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan nama pemimpin dan ahlinya yang tersenarai dalam kenyataan media semalam, kononnya sudah meninggalkan parti untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) dan PAS.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 162
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 100843
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753395619";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753395619
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kita akan siasat sebelum keluarkan nama pemimpin, ahli Umno keluar parti | Scoop

Kita akan siasat sebelum keluarkan nama pemimpin, ahli Umno keluar parti

Ahli Umno yang namanya disenaraikan dalam kenyataan media semalam didakwa tidak tahu-menahu mengenai perkara itu

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan nama pemimpin dan ahlinya yang tersenarai dalam kenyataan media semalam, kononnya sudah meninggalkan parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) dan PAS.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu hanya akan dilakukan selepas siasatan dilakukan agar tidak menzalimi mana-mana pihak.

“Semalam kononnya disenaraikan ahli UMNO yang keluar parti. Hari ini seorang demi seorang buat penafian dan tidak tahu-menahu nama mereka dimasukkan dalam senarai.

“Sebab itulah saya mengarahkan ibu pejabat untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan nama mereka yang tersenarai daripada senarai keahlian UMNO sehinggalah disiasat dan diteliti,” katanya.

Jelas beliau lagi, sudah menjadi lumrah ‘politik cara lama’ setiap kali menjelang pilihan raya, pasti akan ada pengisytiharan keluar parti atau masuk parti sebagai salah satu kaedah perang psikologi.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar mengikut jejak langkah bapanya yang juga mantan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, keluar parti dan menyokong PN.

Turut keluar parti itu, tokoh dan mantan pemimpin Umno antaranya bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Sirajuddin Salleh; bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Datuk Mohd Ibrahim Abu Bakar dan bekas Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk, Datuk Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin.

Pengisytiharan keluar parti itu juga disertai seluruh ahli jawatankuasa Umno cawangan Cabang Tiga Haji Musa membabitkan 20 kepimpinan termasuk Afiq Amani yang menyebabkan jawatankuasa Umno cabang berkenaan terbubar. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related