Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1691400250:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 147
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 101335
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => 5g
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bagi golongan B40 pula, beliau berkata sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH pada harga telefon pintar serendah RM120.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753219175";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753219175
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Rebat RM10 untuk penjawat awam, tawar pakej 5G Rahmah | Scoop

Rebat RM10 untuk penjawat awam, tawar pakej 5G Rahmah

5:12 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej postpaid masing-masing menerusi Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini.

“Ia terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada,” umum Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini. 

“Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun,” katanya sambil menambah insentif itu adalah sebagai menghargai penjawat awam.

Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia juga menawarkan Pakej 5G RAHMAH bermula 31 Ogos ini.

Beliau berkata Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G ditawarkan serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.

“Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Bagi golongan B40 pula, beliau berkata sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH pada harga telefon pintar serendah RM120.

Fahmi berkata Pakej 5G Rahmah akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini,” katanya, serta menambah Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam adalah pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran.

Fahmi berkata Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat Internet berkualiti pada harga berpatutan.

 Semalam, Fahmi berkata kerajaan akan mengumumkan pakej talian pascabayar khusus untuk penjawat awam ekoran rungutan yang diterima daripada petugas barisan hadapan di lapangan berkaitan harga langganan talian pascabayar ketika ini.

Pada 31 Julai lepas, Fahmi dilaporkan berkata harga Internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai.

Pada 11 Julai lepas, MCMC berkata pengurangan harga runcit bagi perkhidmatan jalur lebar tetap berdasarkan MSAP hanya boleh dilaksanakan selepas perjanjian akses dimeterai antara pembekal perkhidmatan.

MCMC memaklumkan buat masa ini, kebanyakan pembekal akses telah atau sedang dalam proses penerbitan Tawaran Akses Rujukan (RAO). – 7 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Anwar to deliver special address at 9pm today

PM says will explain ‘various issues both domestically and internationally’

National women’s hockey squad book ticket to World Cup 5’s

The national women’s five-a-side hockey squad qualified for the inaugural World Cup Hockey 5’s 2024 after winning bronze at the Asia Cup 5’s in Salalah, Oman, last night.

Related