Kes Ebit Lew: Perisian tak dapat kenal pasti data dipadam dalam telefon bimbit pengadu: Saksi

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM Latifah Abdul Aziz, berkata beliau menggunakan perisian itu untuk mengekstrak data dalam telefon bimbit pengadu

9:06 PM MYT

 

TENOM – Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa perisian XRY yang digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengenal pasti data yang dipadam daripada telefon bimbit pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew.

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM Latifah Abdul Aziz, 43, berkata beliau menggunakan perisian itu untuk mengekstrak data dalam telefon bimbit pengadu.

Saksi pendakwaan ketujuh itu bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa sebagai pihak yang menyediakan laporan forensik dan menganalisis telefon bimbit tersebut, ada  kemungkinan mesej teks telah dipadam.

Latifah berkata beliau turut menganalisis telefon bimbit yang dirampas daripada saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dan saksi ketiga Firdaus Wong Wai Hung.

“Hasil analisis mendapati terdapat kumpulan WhatsApp dinamakan ‘Nobody’ mempunyai empat ahli iaitu Mohd Fairuz, Firdaus dan dua inidvidu lain,” katanya pada perbicaraan kes Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. – 16 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

No leak, just a list: MoE on SPM 2024 History paper scandal

Ministry clears up allegations of leaked exam paper after screenshot of chat goes viral

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Related