Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692251884:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 104432
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751066975";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751066975
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 156
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Perdana Menteri berkata ketika ini kerajaan pimpinannya masih lagi menguasai dua pertiga kerusi Parlimen";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => mahkamah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Perdana Menteri berkata ketika ini kerajaan pimpinannya masih lagi menguasai dua pertiga kerusi Parlimen
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Anwar nasihat Muhyiddin tumpu kes mahkamah | Scoop

Anwar nasihat Muhyiddin tumpu kes mahkamah

Perdana Menteri berkata ketika ini kerajaan pimpinannya masih lagi menguasai dua pertiga kerusi Parlimen

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menumpukan pada kes mahkamahnya dan bukannya mendesak beliau meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara. 

Perdana Menteri berkata ketika ini kerajaan pimpinannya masih lagi menguasai dua pertiga kerusi Parlimen.

“Kita kekal kemenangan kita, masih dapat dua pertiga majoriti ahli Parlimen, dia buat perkiraan apa, saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi di sini hari ini. 

Sebelum ini Muhyiddin mendesak Anwar dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini. 

Muhyiddin mendakwa kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik yang diterajui Anwar dan Ahmad Zahid. 

Dalam PRN baru-baru ini gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional menang di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala PN mengekalkan kemenangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu Anwar menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak bersetuju dengan andaian bahawa pengundi Melayu dan anak muda mudah terpesong dengan hasutan kaum dan agama, pascakeputusan PRN baru-baru ini. 

Katanya beliau sedar, dasar Madani yang dibawa Kerajaan Perpaduan perlu mengambil masa untuk difahami rakyat dan ia merupakan satu cabaran agar jentera dan pimpinan parti bekerja lebih keras memaknai dan menterjemah konsep berkenaan sehingga ke akar umbi. 

“Ia mengambil masa, saya tak setuju semua pihak salahkan orang Melayu, menyalahkan kefahaman mereka bahawa mereka itu mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama,” katanya, ketika ditanya berhubung strategi kerajaan Madani yang dilihat tidak berkesan dalam menarik undi pengundi Melayu.

Perdana Menteri berkata beliau juga telah membangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam berhubung peri pentingnya rakyat disantuni dengan lebih banyak berdasarkan konsep MADANI, menggunakan pendekatan hikmah dan kebijaksanaan. 

Mengenai hubungan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan tiga negeri dimenangi pembangkang pada PRN baru-baru ini, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata ia terpulang kepada negeri berkenaan.

“Itu terserah kepada sikap mereka, kalau mereka mahu bekerjasama ada kaedahnya bukan saja dari segi kenyataan juga tindakan. Saya nak pastikan semangat tatakelola itu betul, mahu wang untuk orang miskin, bagi orang miskin, jangan dialihkan ke lain,” kata beliau. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Halal now not only about ‘no pork’ and ‘no alcohol’: Anwar

Prime Minister says the label is also about health, hygiene, effectiveness and modern technology

After nasi kandar place, trouble brewing for local pub for illegally screening Astro channels

Measast Broacast Network Systems files suit against Brew Nation for displaying sports content in premises at Bandar Rembayu via TV box and possibly pirate sites

Related