Pesawat terhempas: 10 termasuk seorang penunggang motosikal maut

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat 2.50 petang tadi

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — 10 orang, yang merupakan warga tempatan maut dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. Salah seorang mangsa adalah orang kenamaan.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Shah Alam, Datuk Hussein Omar Khan.

Menurut Hussein, lapan daripada mereka ialah penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian pesawat malang itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat 2.50 petang tadi.

Pesawat jenis Beechcraft Premier 1. – Gambar jetvalet.com.my, 17 Ogos, 2023

Pesawat yang terhempas itu adalah jenis Beechcraft Premier 1.

Pesawat tersebut boleh membawa enam hingga tujuh penumpang dan anak kapal.

Sebahagian bangkai pesawat yang terhempas di Elmina, petang ini. – Gambar Scoop, 17 Ogos, 2023

Menurut laman web penerbangan, pesawat itu bernilai antara AS$1.695 juta (RM7.48 juta) dan AS$1.9 juta (RM8.79 juta).

Pasukan penyiasat polis dilihat giat menjalankan siasatan di lokasi kejadian. – Gambar Scoop, 17 Ogos, 2023

Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, pesawat tersebut dengan nombor pendaftaran N28JV itu dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Sekumpulan orang awam dipercayai anggota keluarga mangsa dilihat berpelukan sambil menangis di lokasi kejadian. – Gambar Scoop, 17 Ogos, 2023

Laluan penerbangan pesawat terbabit sebelum dilaporkan terhempas di Elmina turut tular di media sosial. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related