PH umum calon kerusi parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram Rabu depan

6:57 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) akan menampilkan calon muka baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Timbalan Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata kedua-dua calon yang bakal diumumkan pada Rabu depan itu merupakan anak tempatan serta berpendidikan tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat khas tertutup antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Johor, di sini hari ini.

Aminolhuda yang juga Pengarah Pilihan Raya bagi PRK itu berkata sebelum bermulanya majlis pengumuman calon, satu majlis tahlil untuk penyandang kerusi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diadakan, yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti termasuk Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menyentuh mengenai mesyuarat khas berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau berkata perbincangan menjurus kepada memperkasakan lagi kerjasama jentera parti Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan.

“Kita meletakkan keyakinan kepada rakyat yang keluar mengundi, dibantu dengan kerjasama rakan-rakan kongsi seperti BN untuk kemenangan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related