Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692423423:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 105160
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => user-16
            [1] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => user-16
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Kerajaan turut dalam perbincangan meluaskan penggunaannya di sekolah serta klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Fahmi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Keputusan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan penyedia internet satelit seperti Starlink di kawasan yang tidak mendapat capaian internet yang bagus, adalah sebagai penyelesaian sementara ketika solusi jangka panjang sedang dilaksanakan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 292
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750780607";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:7;i:1;i:18;i:1;i:15;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750988260";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750988260
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Starlink penyelesaian sementara capaian internet kurang bagus, solusi jangka panjang sedang dilaksana: Fahmi | Scoop

Starlink penyelesaian sementara capaian internet kurang bagus, solusi jangka panjang sedang dilaksana: Fahmi

Kerajaan turut dalam perbincangan meluaskan penggunaannya di sekolah serta klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan penyedia internet satelit seperti Starlink di kawasan yang tidak mendapat capaian internet yang bagus, adalah sebagai penyelesaian sementara ketika solusi jangka panjang sedang dilaksanakan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkhidmatan internet itu sesuai sebagai penyelesaian sementara kerana ia bersifat plug and play, mempunyai kelajuan internet laju, selain harga ditawarkan adalah berpatutan.

“Di Malaysia, kita ada empat penyedia perkhidmatan internet melalui satelit termasuk Starlink. Ini bukanlah keputusan komersial.

“Manfaat teknologi ini sesuai untuk tujuan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Wangsa Maju Kita Punya yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Taman Tasik Danau Kota di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai teknologi internet satelit, Fahmi berkata, kerajaan turut dalam perbincangan meluaskan penggunaannya di sekolah serta klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak.

“Saya sedang berurusan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi); Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa) dan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) berhubung perkara itu,” katanya.

Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti Starlink di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menaik taraf kemudahan capaian internet supaya lebih meluas dan pantas, susulan perjumpaan secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Starlink, Elon Musk. 

Sementara itu, Fahmi berkata, beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), sudah menawarkan memberi pakej internet 5G Rahmah lebih baik daripada pakej dasar, iaitu RM60 untuk 60 gigabit (GB). 

Menurutnya, syarikat itu menyatakan bahawa ia akan menyediakan pakej 5G Rahmah dengan harga lebih murah atau menyediakan kapasiti lebih tinggi pada harga dasar, iaitu RM60. 

“Insya-Allah pada 31 Ogos nanti, kita akan ada base, iaitu RM60 untuk 60GB, tetapi akan ada juga telco menyediakan pada harga lebih rendah atau mereka tawarkan (kapasiti data) lebih tinggi,” katanya. 

Pakej 5G Rahmah yang menawarkan pakej telefon pintar 5G jenama Samsung dan Honor pada harga serendah RM240 beserta pelan data 60GB dengan harga RM60, diumumkan pada 7 Ogos lalu dan dijangka mula dilaksanakan 31 Ogos ini. – BERNAMA, 19 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related