Gesaan Gabenor Bali mengenai Upin Ipin: Netizen Malaysia kurang senang, ‘kartun je pun’

Segelintir menyifatkan kata-kata Wayan itu menunjukkan sikap tidak rasional selain kurang sensitif, sebagai seorang pemimpin

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gesaan Gabenor Bali, Wayan Koster supaya pelajar di daerah itu menonton filem dan kartun tempatan, berbanding rancangan Malaysia, Upin Ipin, mencetuskan rasa kurang senang netizen di negara ini.

Menerusi media sosial, mereka menganggap kenyataan Wayan tidak sewajarnya dilontarkan, memandangkan Upin Ipin adalah karakter animasi yang diterbitkan khusus untuk hiburan kanak-kanak.

Segelintir pula, menyifatkan kata-kata Wayan itu menunjukkan sikap tidak rasionalnya sebagai pemimpin, selain kurang sensitif dengan perasaan rakyat Malaysia.

Karya itu juga, kata mereka, ada menyelitkan unsur didikan dan pengajaran untuk kanak-kanak supaya tidak melakukan sesuatu tindakan tidak beradab.

Malah, ada segelintir netizen menganggap Wayan ‘koyak’ dengan kemasyuran Upin Ipin, iaitu istilah menggambarkan perasaan seseorang yang berasa terkesan atau sedih dengan sesuatu.

“…Kartun je pun,” kata seorang pengguna.

“Kita orang di Malaysia okay je tengok Upin Ipin, macam-macam saja lah,” ujar Marnis.

“Rakyat dia yang tak akan stop tengok Upin Ipin, dia ja dok pandai-pandai, dia suruh jangan tengok,” kata Atiqah.

Ada pula membuat komen jenaka dan sarkastik berhubung kenyataan pemimpin itu.

“Cuba juga henti dengar lagu Siti Nurhaliza,” kata Harlmy.

“Malaysia perlu melarang rakyatnya ke Bali,” coret Harold’s.

“Rasionalnya Pak Gobnor (Gabenor)!?” komen Jaafar.

“Masalah ini sebab tak boleh nak claim Upin Ipin dia punya ke apa?” gurau Wan.

Manakala, ada netizen yang meminta supaya isu terbabit tidak diperbesarkan, malah menegaskan ia adalah hak pemimpin di negara berkenaan untuk membuat sebarang larangan kepada rakyat sendiri.

“Itu hak mereka untuk katakan utamakan budaya mereka. Jangan nafikan hak orang dan jangan membenci tanpa sebab yang dibolehkan berbuat demikian,” kata seorang pengguna.

Dalam gesaannya ketika berucap pada majlis anugerah pertandingan esei filem di dewan Dewan Perundangan Wilayah Bali, baru-baru ini, Wayan juga menekankan bahawa penting untuk memelihara budaya Bali walaupun dalam kemajuan teknologi dan pemodenan.

“Orang muda biasanya suka menonton, animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi…Lebih baik sokong filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya kita,” katanya.

Bali mempunyai penduduk yang pelbagai dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali.

Upin Ipin adalah siri animasi dengan unsur pendidikan dan budaya yang meraih populariti di Malaysia dan negara Asia Tenggara. – 19 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Life, general insurance premiums hit RM20 bil from Jan to June: BNM governor  

Family and general takaful sectors also had strong growth with total contributions of over RM7 billion 

Prepare now for ‘Disease X’, WHO chief warns leaders

World Health Organisation director-general Tedros Adhanom Ghebreyesus has warned the global community to prepare to fight “Disease X”, the next potential pandemic, amid a lack of preparation at present.

Hannah Yeoh commits to elevating football standards with Zeon Zoysia pitches

Youth and Sports Minister Hannah Yeoh has made a commitment to support local football clubs by facilitating the upgrade of their pitches to utilise Zeon Zoysia, a superior alternative to the commonly found cow grass, or Axonopus Compressus, in Malaysian stadiums. 

Related