Amirudin angkat sumpah MB Selangor

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 11.22 pagi

11:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 11.22 pagi.

Turut berangkat pada istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Menteri Besar Selangor itu ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Amirudin, 43, dilantik ke jawatan itu selepas Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos lalu. 

Pada PRN lalu, Amirudin berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua selama empat penggal berturut-turut sejak mula bertanding di kawasan itu pada 2008.

Beliau menang dengan majoriti 5,185 undi dengan memperoleh 19,678 undi menewaskan calon PN Muhammad Hanif Jamaluddin yang mendapat 14,493 undi dan calon Bebas Suman Gopal (430 undi). 

Naib Presiden PKR itu mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar Selangor pada 19 Jun 2018.

Dilahirkan pada 8 Februari 1980 di Pontian, Johor, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia.

Kelmarin, Kenyataan Selangor Royal Office memaklumkan, Sultan Selangor sudah memberi perkenan bagi Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor, hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) Selangor juga akan berlangsung pada hari sama, jam 2 petang.

Pada Sabtu lalu, Amiruddin mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan senarai berkenaan kepada Istana Selangor, dengan pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak istana. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related