Gabungan tiga muka lama, tujuh baharu, 10 exco Kedah angkat sumpah

Majlis angkat sumpah jawatan exco berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada jam 10 pagi tadi

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kedah hari ini.

Majlis angkat sumpah jawatan exco berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada jam 10 pagi tadi.

Barisan exco kali ini menyaksikan gabungan tiga muka lama dan tujuh muka baharu.

Pelantikan tersebut menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memegang portfolio terbesar iaitu lapan berbanding tujuh ketika beliau mengangkat sumpah jawatan pada 2020 lalu.

Sanusi yang juga Adun Jeneri memegang portfolio Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035 dan Kerjasama Luar.

Mereka yang dilantik semula adalah Adun Merbau Pulas, Datuk Siti Aishah Ghazali yang memegang porfolio Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan.

Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Perpaduan.

Adun Kuala Nerang, Muhamad Yusoff @Munir Zakaria kekal memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar.

Sementara itu, tujuh muka baharu adalah Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan.

Adun Jitra, Prof Dr Haim Hilman Abdullah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Adun Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan

Adun Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani pula memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan.

Selain itu, Adun Kubang Rotan, Datuk Mohd Salleh Saidin dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Keusahawanan.

Adun Alor Mengkudu yang bekas kapten pasukan bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din menepati ramalan apabila dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, dan Belia dan Sukan.

Adun Kulim yang juga wakil tunggal dari Gerakan, Wong Chia Zhen memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam, dan NGO.

Barisan exco Kedah hari juga mengesahkan desas-desus dalam kalangan parti Bersatu apabila hanya tiga jawatan diperuntukkan kepada parti berkenaan yang diwakili Halimaton (Bukit Kayu Hitam), Dzowahir (Suka Menanti) dan Mohd Salleh (Kubang Rotan).

Jumlah itu dilihat kurang berbanding lima wakil Bersatu membarisi senarai exco kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini.  – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related