Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692863813:20
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 336
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 106643
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:113:"Namun, sumber berkenaan tidak menyangkal dakwaan akaun Hamzah dibeku dan memaklumkan, pemimpin itu kekal tenang
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => LHDN
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sumber memaklumkan, kemungkinan isu berkenaan dirungkai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu pada hari ini atau esok.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753466866";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:1;i:1;i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753466866
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Akaun dibeku LHDN: Hamzah beri kenyataan dalam tempoh terdekat | Scoop

Akaun dibeku LHDN: Hamzah beri kenyataan dalam tempoh terdekat

Namun, sumber berkenaan tidak menyangkal dakwaan akaun Hamzah dibeku dan memaklumkan, pemimpin itu kekal tenang

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka memberi kenyataan berhubung isu pembekuan akaun miliknya dan ahli keluarga oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam masa terdekat.

Sumber memaklumkan, kemungkinan isu berkenaan dirungkai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu pada hari ini atau esok.

“Insyallah, berkenaan perkara tersebut, beliau (Hamzah) akan memberi kenyataan dalam waktu terdekat. Kalau tidak hari ini, saya menjangkakan esok beliau akan membuat kenyataan,” katanya ketika dihubungi Scoop

Ditanya sama ada benar akaun Hamzah dibekukan LHDN, sumber berkenaan tidak menyangkal dakwaan terbabit dan menegaskan Setiausaha Agung Bersatu itu dilihat bersedia menjadi ‘mainan’ politik untuk mewujudkan persepsi negatif bagi menjatuhkan pembangkang.

“Memang LHDN sudah bekukan akaunnya, namun beliau sedikit pun tidak nampak terkesan dengan tindakan diambil terhadapnya.

“Beliau langsung tidak bimbang berkenaan pembekuan akaun seperti dilaporkan.

“Saya pasti Hamzah mempunyai pelbagai kaedah lain (mendepani isu), beliau ketika ini sudah mengetahui akan menjadi sasaran politik bagi menjatuhkannya,” katanya.

Terdahulu, seorang pemimpin kanan Bersatu mengesahkan tindakan diambil LHDN terhadap Hamzah dan ahli keluarga terdekatnya itu kepada Scoop.

Perkembangan itu dipercayai sebahagian daripada siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hamzah yang dinamakan dalam kertas pertuduhan kes rasuah sebanyak RM15 juta, membabitkan ahli perniagaan Datuk Seri Sim Choo Thiam.

Jun lalu, kediamannya di Damansara diserbu SPRM, dengan menyaksikan beberapa dokumen dirampas, namun operasi itu tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkan Hamzah.

Malah, beliau sudah mengemukakan surat tuntutan pada 11 Ogos lalu kepada Kerajaan Perpaduan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kerana mengaitkannya dengan kes rasuah berkenaan.

Dalam surat berkenaan, Ahli Parlimen Larut itu menuntut pihak berkenaan berhenti daripada bertindak mengikut cara politik partisan, sebagai penjawat awam adalah pelindung hak berperlembagaan rakyat dan tidak boleh mencabulinya.

Pada 10 Mei lalu, Sim didakwa meminta RM15 juta pada Jun 2021 daripada Hep Kim Hong, Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, bagi mendapatkan sokongan Hamzah agar pihaknya boleh terbabit dalam projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk syarikat Hep. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

With revised guidelines, X now allows ‘consenting’ adult content and nudity 

Adult content on the app must be labelled and not prominently displayed in profile pictures or account banners

Related