Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692869542:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 229
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 106691
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:105:"Komponen tersebut akan dihantar kepada pengeluar peralatan asal (OEM) pesawat itu di Florida, AS hari ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Elmina
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => “Perancangan ketika itu adalah terus ke Florida, tetapi beliau perlu mendapatkan kelulusan visanya terlebih dahulu.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752802719";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752313261";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:3;i:2;i:9;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752802719
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Nahas Elmina: Data ‘memory puck’ diekstrak di Florida seawal Isnin ini | Scoop

Nahas Elmina: Data ‘memory puck’ diekstrak di Florida seawal Isnin ini

Komponen tersebut akan dihantar kepada pengeluar peralatan asal (OEM) pesawat itu di Florida, AS hari ini

5:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dijangka cuba mengekstrak data daripada komponen ‘memori puck’ yang ditemui daripada serpihan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, seawal Isnin ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, data daripada ‘memory puck’ yang mengandungi rakaman suara 30 minit terakhir penerbangan malang itu, akan dihantar kepada pengeluar peralatan asal (OEM) pesawat itu di Florida, AS hari ini.

Ini berlaku selepas Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura (TSIB) tidak berjaya mendapatkan semula data daripada komponen tersebut.

“Selepas percubaan (untuk mendapatkan semula data) tidak berjaya di Singapura, Ketua BSKU (Biro Siasatan Kemalangan Udara) Brig Jen Tan Chee Kee kembali ke Kuala Lumpur (pada Selasa) dan memberikan taklimat lengkap kepada saya.

“Perancangan ketika itu adalah terus ke Florida, tetapi beliau perlu mendapatkan kelulusan visanya terlebih dahulu.

“Jadi, pada jam 7 petang ini, beliau akan membawa komponen itu ke AS,” kata Loke ketika ditemui pemberita selepas satu acara di sini hari ini, seperti yang dilaporkan media.

Sambil menyatakan bahawa Ketua BSKU itu dijangka berada di AS selama beberapa hari, Loke berkata, persiapan sudah dilakukan di kilang OEM tersebut dan komponen berkenaan akan dianalisis pada pagi Isnin waktu AS.

Pada Selasa lalu, beliau berkata terdapat isu teknikal dan sekatan tertentu yang menghalang pasukan TSIB daripada mendapatkan semula data, menyebabkan keputusan diambil untuk menghantar peranti itu ke Florida.

Beliau menambah, kos bukan satu isu kepada kerajaan kerana ia menjalankan usaha untuk mendapatkan jawapan mengenai kemalangan mengejut itu.

Tragedi yang berlaku petang Khamis lalu mengorbankan 10 nyawa membabitkan dua anak kapal, enam penumpang dan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Penerbangan itu terhempas dua minit sebelum dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kemudiannya memaklumkan pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sebelum kemalangan itu. – 24 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Impact of social engineering on fake news: insights from M’sia – Syed Mohammed Idid

IN the digital age, social engineering has emerged as a pervasive tactic used to manipulate individuals and exploit their trust. This article explores the concept of social engineering and its significant impact on the proliferation of fake news. By examining a recent example in the Malaysian context, we can better understand the dangers associated with this phenomenon.

Kasih sayang, berbuat baik kepada jiran antara terkandung dalam Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara amnya menghimpunkan panduan kehidupan yang bukan menjurus kepada ibadah umat Islam semata-mata malah merangkumi keseluruhan moral dan nilai murni kehidupan manusia pelbagai agama dan kefahaman

Related