Na’im terangkan PM tanya dulu sebelum Islamkan saudara baru, sama ada dipaksa atau rela

'PM (Perdana Menteri) telah bertanya kepada saudara baru itu sama ada sesiapa yang paksa beliau masuk islam, dia kata atas kerelaan dia' : Anwar

11:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertanya kepada seorang saudara baharu sama ada beliau dipaksa untuk memeluk Islam, namun selepas lelaki tersebut memaklumkan ia adalah kerelaannya barulah Perdana Menteri mengislamkannya.

Ia dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang kebetulan turut sama berada di Masjid di Klang itu, ketika majlis pengislaman berkenaan diadakan.

“PM (Perdana Menteri) telah bertanya kepada saudara baru itu sama ada sesiapa yang paksa beliau masuk islam, dia kata atas kerelaan dia.

“Sebagai PM yang menyantuni semua bangsa dan kebetulan ada di masjid, takan beliau nak menolak pula.

“Saya difahamkan juga saudara baru itu dia minta, dia rasa sesuatu yang menarik dan mungkin sejarah dalam kehidupan dia,’’ katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau.

Sebelum ini Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Klang, Hushim Salleh menjelaskan beliau meminta Perdana Menteri untuk mengislamkan saudara baharu di Masjid JamekA r-Rahimiah, Klang.

“Saya cakap kepada Datuk Seri beri masa dua minit sahaja untuk syahadahkan hamba Allah ini, malah lelaki itu juga hendak sangat kalau boleh Datuk Seri syahadahkan,” katanya turut memaklumkan ramai juga ahli jawatankuasa Perkim berada di masjid ketika itu.

Mengulas lanjut, Na’im turut meminta supaya isu berkenaan tidak dijadikan polimik apatah lagi ketika negara akan menyambut Hari Kebangsaan.

“Kita pastikan kesatuan dan keamanan ini kita jaga, kalau hilang ia satu kerugian kepada negara tambahan pula nak sambut Hari Kebangsaan ini. Jangan isu ini dijadikan polimik yang memecah belahkan kita,’’ katanya. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Related