Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693131256:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 230
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:173:"Penempatan baharu 125 guru di Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang terbabit, dilakukan secara tersusun dengan mengambil kira faktor logistik dan mereka sudah diberi taklimat";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Guru KAFA
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Penempatan baharu 125 guru di Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang terbabit, dilakukan secara tersusun dengan mengambil kira faktor logistik dan mereka sudah diberi taklimat
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 48
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 107583
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748906031";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748416972";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748906031
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Pertukaran guru Kafa untuk seimbangkan keperluan, isi kekosongan, ‘jangan buat telahan tanpa asas’ | Scoop

Pertukaran guru Kafa untuk seimbangkan keperluan, isi kekosongan, ‘jangan buat telahan tanpa asas’

Penempatan baharu 125 guru di Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang terbabit, dilakukan secara tersusun dengan mengambil kira faktor logistik dan mereka sudah diberi taklimat

6:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertukaran guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam serta Kuala Selangor, dibuat susulan penyelarasan menyeluruh berhubung pengisian kekosongan golongan pendidik itu di daerah berkenaan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia juga dibuat berikutan langkah Bahagian Pendidikan Islam melaksanakan penyusunan semula keperluan sebenar guru Kafa, mengikut kelas berdasarkan data terakhir taburan mereka di seluruh Selangor yang bertarikh 30 Jun 2023.

“Berdasarkan data yang tidak menunjukkan keseimbangan, Bahagian Pendidikan Islam sudah melaksanakan penyusunan semula guru mengikut nisbah keperluan sebenar ditetapkan mengikut daerah secara berperingkat.

“Sabak Bernam dan Kuala Selangor ditetapkan sebagai dua daerah pertama yang terbabit dalam penyusunan semula ini, dengan seramai 125 guru Kafa, iaitu 45 guru di Sabak Bernam dan 80 guru di Kuala Selangor terlibat dalam penyusunan semula ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penempatan baharu bagi lebihan guru di kedua-dua daerah berkenaan sudah dilakukan dengan mengambil kira faktor logistik guru yang terbabit.

Penyusunan itu, katanya, membabitkan pergerakan 45 orang guru Kafa dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor, 50 guru KAFA dari Kuala Selangor ke Klang dan 30 guru ke Gombak.

Menurutnya, sebelum penyusunan itu dibuat, semua guru yang terbabit diberikan taklimat oleh Jais pada 21 Ogos lalu.

“Antaranya jabatan (Jais) sedia menimbangkan apa juga masalah berbangkit akibat penyusunan semula ini, dengan alasan munasabah dan tidak mengganggu maksud sebenar penyusunan semula ini dibuat.

“Jabatan ini menasihati orang ramai dan semua pihak agar tidak membuat telahan tanpa asas yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Shahzihan berkata, Jais sentiasa membuka pintu perbincangan dalam apa juga permasalahan mengenai urusan pentadbiran hal ehwal Islam di Selangor.

“Banyak perkara akan dapat diselesaikan dengan permesyuaratan, sebaliknya banyak perkara tidak akan selesai jika individu atau pihak mengambil sikap menangguk di air keruh,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta Jais mengkaji semula pertukaran guru Kafa kerana mendakwa langkah itu sangat membebankan kos kehidupan mereka.

Mendakwa status guru Kafa tidak sama seperti guru Kementerian Pendidikan (KPM) dari sudut skim perkhidmatan, beliau berkata gaji guru Kafa tidak tinggi, justeru berpindah ke bandar akan memakan kos lebih dari sudut sewa dan lain-lain. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

The bold tale of ‘kanji’: a humble Tamil dish with a powerful legacy – Abbi Kanthasamy

15th anniversary of the end of the Sri Lankan civil war sees a new type of cultural oppression where porridge is now the enemy

Agong, queen extend New Year’s greetings

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah have extended their 2024 New Year’s Day greetings and prayers for the well-being of the people and the country.

Related