Beri Anwar lebih masa untuk tingkatkan ekonomi negara: Sultan Johor

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan Perdana Menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif

10:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.

Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily, baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar. 

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan setelah mengambil alih pentadbiran,” titah baginda dalam wawancara khas dengan akhbar tempatan dalam Bahasa Cina itu.

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan Perdana Menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif.

Menyentuh mengenai Anwar, Sultan Ibrahim bertitah baginda mempunyai hubungan yang baik dengan Perdana Menteri. 

“Ada kalanya, beliau meminta pandangan beta dan ada masanya, beliau memberikan cadangan kepada beta,” titah baginda.

Baginda juga menekankan pentingnya Malaysia untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

Selain itu, Sultan Johor bertitah bahawa meletakkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2U) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri merupakan satu pendekatan yang tepat.

“Untuk menarik lebih banyak pelaburan, Malaysia harus menawarkan pilihan visa yang mesra pelabur dan praktikal, terutamanya dalam penilaian semula program MM2U semasa kerana fasa kedua program ini tidak mesra pemohon dan fasa ketiga lebih buruk lagi,“ titah baginda.  – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related