Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693203114:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 281
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 107760
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:188:"Keputusan sebulat suara memutuskan bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu pembatalan agama sebagaimana Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => agama
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Azizah, yang bersidang bersama Datuk See Mee Chun dan Datuk Azizul Azmi Adnan, menolak permohonan itu tanpa arahan mengenai kos.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748471636";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748633668";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748202327";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748633668
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Murtad: Mahkamah tolak rayuan wanita cabar keputusan Mahkamah Syariah | Scoop

Murtad: Mahkamah tolak rayuan wanita cabar keputusan Mahkamah Syariah

Keputusan sebulat suara memutuskan bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu pembatalan agama sebagaimana Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan

2:11 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan seorang wanita untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya keluar daripada agama Islam.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi, dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu pembatalan agama sebagaimana Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah Tinggi Syariah kompeten untuk mendengar perkara itu. Kami bersetuju bahawa hakim Mahkamah Tinggi di mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusan Mahkamah Syariah.

“Mahkamah sivil dan Syariah adalah dua sistem perundangan yang berasingan dan Mahkamah Syariah bukanlah tribunal rendah yang tertakluk kepada semakan kehakiman. Kesimpulannya, rayuan ditolak, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Sivil disahkan,” katanya ketika menyampaikan keputusan itu melalui prosiding dalam talian.

Azizah, yang bersidang bersama Datuk See Mee Chun dan Datuk Azizul Azmi Adnan, menolak permohonan itu tanpa arahan mengenai kos.

Peguam Fahri Azzat mewakili wanita itu manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali mewakili empat responden.

Wanita berusia 33 tahun itu, yang dilahirkan dalam keluarga bapa seorang mualaf dan ibu menganut agama Islam, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Jun lepas yang menolak permohonannya untuk mendapat kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.

Dalam permohonan itu, yang difailkan pada 4 Mac tahun lepas, beliau menamakan Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Wanita itu memohon sekurang-kurangnya 12 perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa beliau bukan lagi seorang Islam serta berhak menganut dan mengamalkan agamanya iaitu Konfusianisme serta Buddhisme.

Beliau turut memohon deklarasi Mahkamah Tinggi sivil bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang menolak permohonannya untuk diisytihar sebagai murtad adalah tidak sah, menyalahi undang-undang serta batal. 

Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak permohonan wanita itu untuk diisytihar sebagai bukan Islam dan memerintahkan beliau agar melalui ‘istitabah’ atau bertaubat dan mengikuti kelas agam Islam serta kaunseling akidah selanjutnya.

Beliau kemudian merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 8 Dis 2021. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

Kajang crime rate drops 13.5% thanks to community efforts: police chief

Resident associations, police efforts in crime prevention programmes prove highly effective, says Datuk Hussein Omar Khan

Penang lift tragedy: boss to face legal action over worker’s death if OSHA violation found

Penang Department of Occupational Safety and Health (DOSH) director Hairozie Asri said the department investigated the location as soon as they received information about the incident. He said DOSH has also issued an immediate stop work notice pending investigations.

Related