Keserasian PH-BN lebih terserlah di PRK Pulai, Simpang Jeram

Di peringkat akar umbi BN, jentera serta kepimpian parti itu terus memberi penjelasan agar kefahaman mengenai kerjasama gabungan Kerajaan Perpaduan dapat diperkukuh

8:00 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Keserasian jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menyerlah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, keserasian dipamerkan jentera PH-BN, khususnya komitmen daripada jentera Pemuda UMNO pada PRK itu lebih mantap, berbanding ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini.

Katanya, ia sekali gus menghentikan tomahan kononnya BN Johor menolak calon PH, khususnya di Pulai, iaitu Suhaizan Kaiat.

“Pemuda UMNO di semua peringkat cawangan di Pulai, bersolidariti menyokong Suhaizan yang mewakili gabungan PH-BN dan memastikan kerusi itu kekal milik PH.

“Walapun pertama kali BN tidak bertanding di kerusi Pulai, atas semangat perpaduan kita (PH-BN), kita bersama-sama bersolidariti menyokong calon PH.

“Keserasian antara jentera juga saban hari semakin bertambah baik dan momentum ini, akan berterusan sehingga 9 September (hari mengundi),” katanya kepada pemberita pada Ceramah Kelompok di Taman Cempaka, Kempas di sini, malam tadi.

Dr Muhamad Akmal berkata, di peringkat akar umbi BN pula, jentera serta kepimpian parti itu akan terus memberi penjelasan, agar kefahaman mengenai kerjasama gabungan Kerajaan Perpaduan, dapat diperkukuh dan diterjemahkan dalam bentuk undi memenangkan calon PH.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak, dengan hari pengundian awal pada 5 September – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

Lelaki mabuk cuba rampas senjata api polis, keluarkan kata-kata kesat direman empat hari

Kejadian bermula pada jam 4 pagi tadi apabila anggota bertugas didatangi seorang lelaki warga tempatan yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Related