Fahmi kongsi 10 pengumuman inisiatif penting, menarik dilaksana Kerajaan Perpaduan minggu lalu

Pengumuman itu membabitkan pelbagai keperluan dan latar belakang rakyat

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkongsi 10 pengumuman penting diumumkan Kerajaan Perpaduan sepanjang minggu lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, ia membabitkan kelulusan pemasangan unit Starlink di Kampung Orang Asli Tonggang, Perak. 

Katanya, kerajaan turut meluluskan peruntukan geran kepada usahawan mikro yang dinaikkan kepada RM10 juta, peruntukan RM10 juta untuk membimbing B40 bandar berniaga dan Skim Perubatan MADANI diperluas ke tujuh daerah baharu.

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini pula, jelasnya, bas percuma akan disediakan dari stesen MRT Putrajaya ke Dataran Putrajaya. 

Fahmi berkata, turut diumumkan adalah projek Perintis Mini Sekinchan untuk menghasilkan 10.45 tan padi sehektar, peruntukan tambahan RM30 juta untuk naik taraf laluan Gerik-Jeli dan peruntukan RM2 juta bagi menaik taraf Zoo Johor.

Dalam pada itu, katanya, sebuah sekolah daif di Bangi siap ditambah baik, manakala aplikasi MYJalan dilancarkan untuk memudahkan aduan kerosakan jalan raya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related