Penghayatan Modul Hadis 40 mampu tangani gejala radikalisme, ekstremisme

Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk melaksanakan inisiatif itu kerana ia akan memberi impak positif serta gambaran sebenar nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan penting bagi menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

Menurut Pejabat Menteri Pendidikan dalam kenyataan, Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk melaksanakan inisiatif itu kerana ia akan memberi impak positif serta gambaran sebenar nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

KPM turut memaklumkan inisiatif itu hanya melibatkan guru dan murid beragama Islam dan hanya akan dikembangkan ke sekolah-sekolah lain kemudian untuk kelas mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja. 

“Pelaksanaan Inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi tidak akan melibatkan murid bukan Islam,” menurut kenyataan itu.

Pejabat itu turut memaklumkan bahawa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah menganjurkan pertemuan dengan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai latar belakang masyarakat, Selasa lepas, bagi membincangkan inisiatif itu serta pelaksanaannya, selain perkara lain berkaitan pendidikan negara.

Menurut kenyataan itu, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana muhibah, mencerminkan keterbukaan, kesepakatan dan komitmen semua pihak dalam membina Malaysia MADANI berdasarkan kepada formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

“Sesi pertemuan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menyampaikan maklumat tepat mengenai inisiatif-inisiatif KPM.

“Ruang dialog juga dibuka seluasnya selaras dengan salah satu teras utama KPM iaitu untuk memperkasa komunikasi antara kementerian dengan setiap pemegang taruh,” menurut kenyataan itu. – 30 Ogos, 2023

Berikut 16 NGO dan seorang ahli akademik yang menyertai perbincangan Inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi:

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  3. Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia (FTAM)
  4. Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) 
  5. Persatuan Penganut Buddha Malaysia (MBA)
  6.  Malaysia Hindu Sangam (MHS)
  7.  Malaysian Gurdwaras Council (MGC)
  8. Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
  9. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
  10. Tamil Foundation (TMF)
  11. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  12. Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN)
  13. Friendship Group for Inter-Religious Service (FGIS)
  14. Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
  15. Centre for Malaysian Chinese Studies
  16.  LLG Cultural Development Centre
  17. Professor Dr. Mohd. Tajuddin bin Mohd. Rasdi

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related