Saya tak pernah benarkan gambar kontroversi dengan Ahirine untuk promosi filem Tebus: Aedy

Pelakon itu kecewa apabila gambar tersebut digunakan untuk mempromosikan filem berkenaan

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Aedy Ashraf menegaskan tidak pernah memberi kebenaran gambar kontroversi dalam salah satu babak filem Tebus dibintanginya bersama Ahirine Ahiruddin, dimuatnaik di mana-mana platform media sosial.

Kecewa dengan perkara itu, Aedy berkata, dia juga tidak pernah bersetuju gambar tersebut disiarkan untuk mempromosikan filem berkenaan.

Gambar dimuatnaik Ahirine di Instagram miliknya bersama Aedy Ashraf sehingga mencetuskan kontroversi. – Gambar media sosial, 2 September, 2023

“Ia sebuah filem hebat yang saya benar-benar percaya. Saya meletakkan begitu banyak tenaga, masa dan usaha untuk memastikan filem itu hebat untuk peminat.

“Saya enggan membiarkan semuanya mati sia-sia untuk aksi publisiti. Apa yang saya lakukan adalah demi keluarga dan peminat,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam hantaran sama, Aedy turut menafikan dia adalah individu diperkatakan dalam buku ditulis rakan baiknya, Daiyan Trisha.

“Terdapat banyak spekulasi yang menimpa saya kebelakangan ini. Saya di sini untuk menjelaskannya.

“Spekulasi tentang apa yang ditulis seorang rakan dalam bukunya adalah tentang saya. Ini tidak benar. Kami tidak terlibat secara romantik dan tidak lebih daripada kawan,” katanya.

Poster filem Tebus yang dibarisi Aedy Ashraf, Ahirine Ahiruddin dan Idan Aedan. – Gambar media sosial, 2 September, 2023

Filem Tebus arahan Jason Chong yang dihasilkan berdasarkan tulisan Sky Khor, menampilkan Aedy Ashraf dan Ahirine Ahirudin sebagai tunjang utama.

Ia turut membariskan Idan Aedan, Azhan Rani, Jay Iswazir dan Marisa Yasmin.

Tebus memaparkan kisah seorang pengawal keselamatan bernama Johan lakonan Aedy yang menculik pewaris barangan kemas, Ana (Ahirine) untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan).
Akibat terdesak, Johan melakukan perbuatan jahat itu. Namun, rancangannya tidak berjalan lancar apabila bapa tiri Ana, iaitu Bakar (Azhan) enggan membayar sesen pun wang tebusan itu. – 2 September, 2023

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related