Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693647027:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 304
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:161:"Terdapat keperluan untuk PN bersemuka dengan pengundi bagi memberi penerangan mengenai iltizam gabungan itu sekiranya calon parti tersebut mendapat mandat rakyat";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Umno Pulai
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Terdapat keperluan untuk PN bersemuka dengan pengundi bagi memberi penerangan mengenai iltizam gabungan itu sekiranya calon parti itu mendapat mandat rakyat
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748414717";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748594322";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:16;i:1;i:8;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748781319";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748781319
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 109429
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Pergolakan Umno Pulai ‘bonus’ buat PN tetapi enggan berpeluk tubuh | Scoop

Pergolakan Umno Pulai ‘bonus’ buat PN tetapi enggan berpeluk tubuh

Terdapat keperluan untuk PN bersemuka dengan pengundi bagi memberi penerangan mengenai iltizam gabungan itu sekiranya calon parti tersebut mendapat mandat rakyat

3:00 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menganggap pergolakan dalam Umno Bahagian Pulai sebagai `bonus’ kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menegaskan, mereka enggan terlalu selesa dengan situasi tersebut, sebaliknya perlu berusaha keras untuk memenangkan calon PN, Zulkifli Jaafar.

“Apa yang berlaku di sebelah pihak sana (Umno) sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kita. Namun kita tidak boleh berpeluk tubuh, mengharapkan pergolakan atau perpecahan dalam parti itu semata-mata.

“PN masih perlu bekerja keras. Terdapat keperluan untuk kita bersemuka dengan pengundi bagi memberi penerangan mengenai iltizam kita jika mendapat mandat rakyat,” katanya kepada Scoop selepas Ceramah PRK Pulai di Taman Perling, semalam.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati yakin, PN mampu merampas kerusi berkenaan berdasarkan sentimen masyarakat di Pulai yang kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan kerana masih tiada penyelesaian holistik dalam membangunkan negara.

Suasana ceramah PRK Pulai di Taman Perling, semalam. Mas Ermieyati turut menzahirkan kebimbangan mengenai trend peratusan keluar mengundi yang rendah di kawasan tersebut – Gambar Aiman Sadiq, 2 September, 2023

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu turut menzahirkan kebimbangan mengenai trend peratusan keluar mengundi yang rendah di kawasan tersebut.

“Gelombang rakyat yang mula beralih menyokong PN semakin memberangsangkan. Rata-rata agak terkilan dengan kerajaan hari ini kerana tidak memfokuskan apa yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) sewaktu menjadi pembangkang dahulu.

“Namun, apa yang kita risaukan ialah peratusan keluar mengundi. Kita boleh tengok bagaimana trend itu di beberapa DUN ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, di mana kita menang tipis,” katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, jentera kempen PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diingatkan supaya tidak menyerang Umno secara keterlaluan, sebaliknya mendekati ahli yang kecewa dengan tindak-tanduk kepimpinan dalam parti itu.

Beliau percaya pendekatan sedemikian boleh membantu mengalihkan sokongan ahli Umno kepada calon PN.

“Apa yang kita bimbangkan adalah pengundi tidak akan keluar mengundi sebab kecewa. Walaupun ada yang membenci (Umno), mereka akan keluar mengundi tetapi bertindak merosakkan undi.

“Ia tidak seharusnya dilakukan kerana perbuatan itu hanyalah sia-sia. Setiap undi amat bernilai dan berikanlah undi kepada pihak kurang mudarat untuk memastikan suara rakyat dapat diperjuangkan,” katanya.

Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru yang akan ditandingi oleh bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat, sebagai calon PH manakala Zulkifli Jaafar mewakili PN dan Samsudin Mohamad Fauzi bertanding atas tiket Bebas. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

Haji Furada: Hajar Sazrul Travel & Tours diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight days of competition remaining before the closing ceremony on October 8.

Related