‘Sama-sama pernah dipenjara’: Ahmad Dhani temu Anwar di Jakarta

Kapsyen yang ditulis oleh vokalis kumpulan Dewa 19 tersebut telah menarik perhatian netizen yang memuji perjuangan dua figura terkenal itu

11:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR  — Penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, yang telah bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta malam tadi, telah berkongsi gambar bersama Perdana Menteri di Instagramnya.

Menariknya, kapsyen yang ditulis oleh Ahmad yang juga vokalis kumpulan Dewa 19 itu ‘sama-sama pernah dipenjarakan’ ternyata mendapat perhatian ramai..

Hantaran itu dihujani komen daripada warganet yang memuji semangat perjuangan dua figura terkenal tersebut.

“Ahmad Dhani dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama-sama orang hebat yang pernah merasa dipenjara tetapi kembali bangkit”, demikian tulis salah seorang netizen.

Ahmad Dhani (kiri) bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Anwar di Jakarta, malam tadi. – Gambar Facebook, 6 September, 2023

Ahmad dan Anwar bertemu dalam Program Temu Anwar di Jakarta malam tadi tadi, iaitu satu acara yang julung kali diadakan di luar negara.

Program berkenaan diadakan sempena lawatan Perdana Menteri ke Jakarta bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-43 yang berlangsung di Jakarta mulai Selasa hingga Khamis ini.

Untuk rekod Ahmad pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 sebelum dibebaskan pada Disember 2019. 

Selain Ahmad Dhani, seorang lagi selebriti terkenal Indonesia iaitu Raffi Ahmad turut kelihatan berada di acara yang sama.

Tidak ketinggalan pelakon terkenal dari Malaysia, Nur Fazura dan penyanyi, Hazama. – 6 September, 2023

Topics

 

Popular

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related