Starlink dipasang di SK Malaing Keningau, Sabah: Fahmi

Perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk mengakses data-data yang terdapat di dalam (sistem) pembelajaran secara dalam talian

6:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu unit peranti satelit Starlink dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Malaing, terletak di Kampung Malaing, Keningau di Sabah, yang sebelum ini berdepan dengan masalah telekomunikasi yang teruk.

Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. 

“Insya-Allah saya akan teruskan lagi usaha untuk memastikan 100 peratus kawasan berpenduduk mempunyai akses internet. Kini masih berbaki tiga peratus,” katanya.

Guru Besar SK Malaing Denis Gapilit menerusi hantaran video yang dikongsikan Fahmi berkata guru-guru, murid dan komuniti am, khususnya yang berada di sekitar sekolah itu dapat menerima manfaat dengan pemasangan peranti itu.

“Perkhidmatan internet Starlink ini akan memudahkan guru-guru melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian, yang memang sekarang ini sedang diguna pakai di seluruh Kementerian Pendidikan Malaysia, begitu juga dengan murid-murid.

 “Perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk mengakses data-data yang terdapat di dalam (sistem) pembelajaran secara dalam talian,” katanya dalam video berdurasi 58 saat, yang turut memaparkan pemasangan peranti itu di atas bumbung dewan serba guna sekolah berkenaan. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

MetMalaysia alert: thunderstorms to lash multiple states

Meteorological Dept warns that thunderstorms and heavy rain are expected in nearly all states until at least 6pm today

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Sabah govt to aid displaced Bajau Laut community: Hajiji

CM urges public not to politicise the issue, saying the state government is able to support the displaced community

Related