Perlu ada sistem kewangan serantau untuk tangani ketidakpastian ekonomi: PM

Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan mengenai keterjaminan makanan dan gesaan untuk meningkatkan kerjasama dalam pertanian pintar

7:05 AM MYT

 

JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan kepada sebuah sistem kewangan serantau yang mampu menangani ketidakpastian di dalam ekonomi sejagat dan risiko kewangan selain mampu meningkatkan kebebasan ekonomi serantau dan jaringan keselamatan.

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga Ke-26, beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai keterjaminan makanan dan gesaan untuk meningkatkan kerjasama dalam pertanian pintar, terutamanya tumpuan kepada pekebun kecil. 

Anwar juga menggesa kerjasama dengan China, Jepun serta Korea Selatan dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset kepelbagaian biologi dan aplikasi teknologi pertanian. 

Beliau juga menyambut baik penerimagunaan Kenyataan Pemimpin ASEAN Campur Tiga terhadap Pembangunan Ekosistem Kenderaan Elektrik.

Mesyuarat itu dihadiri Perdana Menteri China  Li Qiang, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan dipimpin Presiden Indonesia Joko Widodo.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang berakhir esok. Ia   sidang kemuncak pertama beliau dengan rakan dialog ASEAN, iaitu  Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related