Sistem bermasalah: Aliran trafik pembida luar biasa, ‘ia sentiasa ditambah baik’: JPJ

Aedy Fadly turut mengakui sistem tersebut akan mengalami gangguan apabila aliran kemasukan pengguna dalam talian tinggi

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa menambah baik sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mesra pegguna.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya sentiasa mengadakan sesi perbincangan bersama agensi berkaitan dalam usaha menambah baik sistem terbabit.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklum balas dan teguran terhadap sistem JPJeBid ini dan hasil perbincangan ini, kita akan cadangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Op Sepadu JPJ di Plaza Tol Batu di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kekecewaan seorang selebriti lelaki terhadap sistem JPJeBid dan tindakan ‘scalper’ atau pembeli hantu dalam proses membida nombor kenderaan yang disifatkannya menyusahkan orang lain.

Aedy Fadly turut mengakui sistem tersebut akan mengalami gangguan apabila aliran kemasukan pengguna dalam talian tinggi terutamanya melibatkan nombor yang dibida adalah istimewa.

“Contohnya nombor pendaftaran FF dan M_M ini, aliran trafik terlalu luar biasa pada 30 minit terakhir sebelum bidaan itu ditutup…tetapi bagi siri nombor pendaftaran dalam bidaan JPJ, ini tidak berlaku,” katanya.

JPJ sebelum ini menawarkan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) prefiks M (hadapan) dan sufiks M (belakang) iaitu siri M_M sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Terdahulu, Aedly Fadly meninjau operasi sepadu yang dilaksanakan bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi dengan 4,640 kenderaan diperiksa.

Aedly Fadly berkata sebanyak 746 saman dikeluarkan dengan kesalahan tertinggi melibatkan tidak memiliki lesen memandu.

“Kita turut menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang memandu tanpa lesen bersama adik kembarnya dan mereka memberikan alasan mahu menghantar telefon bimbit ibunya yang bekerja di Kepong, Kuala Lumpur.

“Kita memanggil ibu bapa pasangan kembar itu untuk tindakan lanjut dan kenderaan milik ibunya itu disita,” katanya. – Bernama

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related