Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694337414:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 227
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 112491
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan akan mengemukakan senarai nama Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas, ‘My Story: Justice in the Wilderness’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751087971";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751087971
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Senarai jawatankuasa RCI buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong | Scoop

Senarai jawatankuasa RCI buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan mengemukakan senarai nama Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas, ‘My Story: Justice in the Wilderness’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, untuk dibentangkan kepada Kabinet bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kabinet meluluskan penubuhan RCI, namun asasnya dulu ada pasukan petugas khas diwujudkan, namun Tommy Thomas telah ambil tindakan undang-undang kepada ahli pasukan petugas khas itu. Maka asas kepada butiran terdapat dalam pasukan petugas khas itu, mungkin boleh dijadikan sandaran oleh ahli RCI baharu yang belum dilantik.

“Saya merasakan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi akan kemukakan nama kepada Kabinet bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, untuk RCI ini menyegerakan tugas mereka,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-15 Parti Makkal Sakti, di sini hari ini.

Sebelum ini, Azalina berkata kerajaan menyatakan persetujuan penubuhan RCI, bagi meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan kehakiman dan perundangan negara.

Buku tulisan Tommy Thomas tersebut yang diterbitkan pada Januari 2021, menjadi kontroversi apabila bekas peguam negara itu dalam bukunya, mendakwa mengadakan perbincangan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika kedua-duanya dalam kerajaan, dalam pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-15 Parti Makkal Sakti, di sini hari ini. – Gambar Facebook, 10 September, 2023

Berhubung Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberi jawatan Ahli Dewan Negara kepada ahli Friends of BN itu.

Beliau turut menyeru agar semua parti komponen BN dan Friends of BN, untuk menjadikan pembasmian miskin bandar sebagai perjuangan dalam menyokong usaha Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan. 

“Masalah kemiskinan bandar ini bukan masalah kaum India sahaja, orang Melayu dan Cina juga ada miskin bandar, maka hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu menoktahkan kemiskinan tegar ini wajib mendapat sokongan semua, kerana ini agenda nasional dan bukan agenda politik,” katanya.

Terdahulu, Presiden Makkal Sakti Datuk Seri R.S Thanenthiran dalam ucapan dasarnya, memohon Zahid untuk mempertimbangkan jawatan Senator kepada pemimpin parti itu, sebagai menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan hampir 15 tahun, selain meminta supaya permohonan mereka untuk menjadi rakan komponen BN untuk diteliti. – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Operators have two years to adhere to campsite guidelines: Local Govt Ministry

Its minister Nga Kor Ming said the guidelines, which come into effect this month, are intended to be a guide to the management and operation of campsites for the authorities, entrepreneurs and campsite operators as well as the public. 

Related