Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694419030:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 225
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:147:"Tambahan itu selepas semakan mendapati banyak perkara yang memberi kesan kepada rakyat ketika ini tidak termasuk dalam peruntukan awal RM400 bilion";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Ekonomi penjimatan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Tambahan itu selepas semakan mendapati banyak perkara yang memberi kesan kepada rakyat ketika ini tidak termasuk dalam peruntukan awal RM400 bilion
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 112852
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753211003";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753274085";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753381432";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753381432
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Tambahan RM15 bilion RMK-12 hasil ekonomi, penjimatan negara: Rafizi | Scoop

Tambahan RM15 bilion RMK-12 hasil ekonomi, penjimatan negara: Rafizi

Tambahan itu selepas semakan mendapati banyak perkara yang memberi kesan kepada rakyat ketika ini tidak termasuk dalam peruntukan awal RM400 bilion

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tambahan siling RM15 bilion dalam peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ialah daripada hasil pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan penjimatan dalaman negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tambahan itu selepas semakan mendapati banyak perkara yang memberi kesan kepada rakyat ketika ini tidak termasuk dalam peruntukan awal RM400 bilion.

“Bila kita semak balik semasa RMK-12 dibangunkan pada 2020, 2021 dulu memang had diletakkan RM400 bilion, tapi kita mengambil kira banyak perkara yang memberi kesan kepada rakyat yang tidak termasuk dalam RM400 bilion itu.

“Contohnya, tumpuan Perdana Menteri untuk memastikan tiada sekolah daif, jalan dibaiki, tiada klinik daif. Ini semua bukanlah penekanan utama dahulu, tapi sekarang menjadi satu sasaran penting kerajaan.

“Sudah tentu ini memerlukan peruntukan tambahan, sebab kita kena teruskan perancangan baharu sedia ada. Tapi kemudahan asas rakyat seperti itu juga perlu dibiayai,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, tambahan peruntukan itu menjadikan siling RM415 bilion untuk RMK-12 ini telah pun dipersetujui dengan mengambil kira jangkaan kerajaan bahawa sasaran defisit kekal pada paras 3.5 peratus menjelang 2025.

“Bermakna kita yakin kita boleh berbelanja lebih dengan peruntukan lebih tanpa perlu berhutang lebih. Insya-Allah itu berhasil daripada sumbangan pendapatan yang lebih baik daripada hasil pertumbuhan ekonomi kerajaan dalam tempoh 2024 dan 2025.

“Tetapi ia juga hasil daripada pembiayaan dan perbelanjaan yang lebih teratur di peringkat kerajaan.

“Jadi dengan tatakelola yang lebih baik, kita yakin walaupun RM15 bilion itu satu tambahan, RM15 bilion itu juga adalah penjimatan daripada perbelanjaan sedia ada, yang kita boleh alihkan kepada perbelanjaan pembangunan untuk dua tahun akan datang,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-12 berkata, kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK-12 dan menambah siling RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya RM415 bilion.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia bagi menambah keperluan untuk membiayai bidang keutamaan rakyat di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat. – 11 September 2023

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related