Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694509176:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 300
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 113340
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:243:"Banduan boleh memilih untuk mendapatkan peguam sendiri, peguam yang dilantik oleh mahkamah (bagi kes hukuman mati) atau peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (bagi kes pemenjaraan sepanjang hayat), untuk mengendalikan prosiding semakan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => penjara
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => “Sekiranya mahkamah menolak permohonan semakan dan mengekalkan hukuman sedia ada, banduan masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan,” katanya.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748893694";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748393538";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748893694
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Semakan hukuman mati, penjara seumur hidup perlu difail dalam tempoh tiga bulan | Scoop

Semakan hukuman mati, penjara seumur hidup perlu difail dalam tempoh tiga bulan

Banduan boleh memilih untuk mendapatkan peguam sendiri, peguam yang dilantik oleh mahkamah (bagi kes hukuman mati) atau peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (bagi kes pemenjaraan sepanjang hayat), untuk mengendalikan prosiding semakan

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 1,020 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup, perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula hukuman berkenaan dalam tempoh tiga bulan di Mahkamah Persekutuan, bermula hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Beliau berkata pemfailan notis usul dan afidavit sokongan untuk permohonan semakan, kini akan dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia kepada mahkamah dan permohonan penyemakan hukuman itu, hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

“Permohonan semakan itu boleh dilakukan secara manual atau melalui sistem e-Filing kepada mahkamah dalam tempoh 90 hari, bermula tarikh kuat kuasa Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847), pada hari ini.

“Namun, mahkamah boleh mempertimbangkan pelanjutan tempoh untuk mengemukakan permohonan semakan tertakluk kepada alasan munasabah,” katanya semasa Taklimat Pelaksanaan Proses Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di sini hari ini.

Ramkarpal berkata banduan boleh memilih untuk mendapatkan peguam sendiri, peguam yang dilantik oleh mahkamah (bagi kes hukuman mati) atau peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (bagi kes pemenjaraan sepanjang hayat), untuk mengendalikan prosiding semakan.

“Kes di Sabah dan Sarawak akan dikendalikan oleh peguam di negeri berkenaan, manakala bagi banduan bukan warganegara, Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan perbincangan serta sesi libat urus bersama kedutaan dan konsulat berkaitan,” katanya.

Ramkarpal berkata selepas pemfailan permohonan semakan itu dilakukan, penetapan tarikh dan pendengaran kes akan dibuat di hadapan panel hakim Mahkamah Persekutuan dan mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk mengekalkan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup atau menggantikannya dengan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

“Sekiranya mahkamah menolak permohonan semakan dan mengekalkan hukuman sedia ada, banduan masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan,” katanya.

Ramkarpal berkata seramai 491 banduan tempatan dan 415 banduan bukan warganegara dikenakan hukuman mati mandatori, manakala bagi hukuman pemenjaraan seumur hidup membabitkan 82 banduan wargenagara dan 32 banduan bukan warganegara. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

SPM 2023 results out on May 27: MoE

Candidates can obtain results from respective schools starting 10am on announced date

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

The bold tale of ‘kanji’: a humble Tamil dish with a powerful legacy – Abbi Kanthasamy

15th anniversary of the end of the Sri Lankan civil war sees a new type of cultural oppression where porridge is now the enemy

Related