Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia tukar lokasi, dari Sogo ke Bukit Bintang

Lokasi tepat bagi penganjuran bantahan itu, sama ada di hadapan restoran McDonald's (McD) atau bangunan Yayasan Selangor, di Bukit Bintang belum diketahui

6:41 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Lokasi bagi penganjuran Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan pada Sabtu ini, sempena Hari Malaysia, akan diadakan di Bukit Bintang dan bukan hadapan kompleks beli-belah Sogo,, di sini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nadzir Helmi bagaimanapun berkata pihaknya masih dalam proses mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk lokasi tepat bagi penganjuran bantahan itu sama ada di hadapan restoran McDonald’s (McD) atau bangunan Yayasan Selangor, di Bukit Bintang.

Protes Himpunan Selamatkan Malaysia itu adalah anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) dan diadakan bagi membantah keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

“Ada yang mula-mula kata supaya berkumpul di hadapan Sogo, namun saya boleh sahkan di sini bahawa demonstrasi itu akan diadakan di Bukit Bintang.

“Sama ada di hadapan McD atau sekitar bangunan Yayasan Selangor, itu masih kita cuba dapatkan kebenaran pihak polis.

“Setakat ini mereka (pihak berkuasa) juga beri kerjasama, cuma kita akan maklumkan kemudian lokasi tepat di Bukit Bintang itu di mana, esok juga kita akan berjumpa pihak berkuasa, harap dapat kebenaran untuk lokasinya,” katanya kepada Scoop hari ini.

Semalam, polis mengingatkan pihak yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mengikut lunas undang-undang antaranya mengemukakan permohonan lima hari sebelum tarikh perhimpunan, dan mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis di kawasan terlibat.

Hari ini Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, meminta kerajaan mempermudahkan urusan sayap Pemuda PN yang mahu menganjurkan tunjuk perasaan itu. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related