Wanita warga emas kerugian RM1.4 juta terpedaya ‘Phone Scam’

12:36 PM MYT

 

IPOH – Seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaharu ‘phone scam’ di Perak apabila kerugian sebanyak RM1.4 juta selepas terpedaya dengan taktik penyamaran sebagai pekerja syarikat kurier dan pegawai polis sejak tiga tahun lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 62 tahun yang berasal dari Taman Wah Keong di sini semalam.

“Pada 27 Mac 2020, pengadu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier dan menipu bahawa pengadu mempunyai bungkusan yang bermasalah.

“Pengadu kemudian membuat pengesahan kepada nombor telefon palsu ‘Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah’ yang diberikan oleh ‘pekerja syarikat kurier’ dan dimaklumkan oleh seorang ‘pegawai polis’ kononnya pengadu terlibat dalam kes jenayah penggubahan wang haram dan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengadu ditunjukkan dokumen waran tangkap mahkamah atas namanya daripada suspek sehingga dia mempercayai percakapan suspek dan sepanjang urusan itu, mangsa telah berkomunikasi dengan lima orang yang menyamar sebagai pegawai polis dengan perwatakan berlainan.

Mohd Yusri berkata pengadu telah mendedahkan semua maklumat sulit tentang akaun bank dan akaun dompet digital kepada kesemua suspek serta mengikut arahan membuat pemindahan wang kepada pelbagai akaun bank milik individu lain.

“Pengadu hanya sedar tentang penipuan suspek setelah menunggu sekian lama seorang suspek yang kononnya akan datang berjumpa dengannya di Ipoh sejak 2020 lagi,” katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon yang mencurigakan khususnya yang mendakwa daripada agensi kerajaan. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related