Malaysia sudah usaha sebaiknya kurang kesesakan Tambak Johor, kini terpulang kepada Singapura: Anwar

Beliau turut memuji usaha agensi kerajaan, termasuk JIM dan JKDM dalam menangani isu berkenaan

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan Malaysia sudah melakukan yang terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru kini terpulang kepada Singapura untuk menangani isu itu.

Malah, beliau memuji usaha dijalankan agensi Malaysia dalam menangani isu berkenaan, termasuk Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

““Agensi-agensi ini sudah menyokong dan kita melihat perubahan besar.

“Saya pernah berada di sana (Johor Bharu) beberapa minggu lalu dan kini Singapura perlu melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Milken Institute Asia Summit 2023 di Singapura, semalam.

Mengulas mengenai pengumuman zon ekonomi khas di Johor baru-baru ini, Perdana Menteri berkata, kesesakan di Tambak Johor tidak akan menjejaskan mereka yang bekerja di Singapura dan menetap di sini kerana ia akan membabitkan hubungan kedua.

Anwar mengadakan lawatan kerja sehari ke negara berkenaan dengan jadual cukup padat.

Pesawat membawa delegasi Perdana Menteri mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada jam 10.20 pagi, sebelum disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri juga memberi jaminan kepada pelabur asing dan peneraju industri dari rantau Asia bahawa isu kestabilan politik di Malaysia tidak berbangkit ketika ini.

Jaminan itu turut dimaklumkan beliau menerusi catatan di Facebooknya, dengan mengatakan perkara terbabit sudah dijelaskan kepada lebih 400 hadirin yang kebanyakannya adalah pelabur, pada sesi perbualan tengah hari anjuran badan pemikir, Milken Institute di Singapura. – 14 September, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Related