Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694832580:16
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 114508
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => user-16
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:156:"Ia sebagai usaha kementerian itu bagi memastikan tiga ‘dosa besar’, iaitu buli, jenayah sosial dan perkauman tidak berlaku dalam institusi pendidikannya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => KPM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kementerian Pendidikan (KPM) akan melancarkan dua garis panduan baharu berhubung isu buli dan gangguan seksual, hujung bulan ini.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 49
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753232677";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752782125";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:2;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753232677
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 193
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => user-16
        )

)
Garis panduan baharu buli, gangguan seksual dilancar KPM hujung bulan ini: Fadhlina | Scoop

Garis panduan baharu buli, gangguan seksual dilancar KPM hujung bulan ini: Fadhlina

Ia sebagai usaha kementerian itu bagi memastikan tiga ‘dosa besar’, iaitu buli, jenayah sosial dan perkauman tidak berlaku dalam institusi pendidikannya

9:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melancarkan dua garis panduan baharu berhubung isu buli dan gangguan seksual, hujung bulan ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu diwujudkan memandangkan kes buli, jenayah sosial serta isu perkauman adalah ‘dosa besar’ dalam institusi pendidikan dan mesti dielakkan.

Katanya, KPM juga berusaha memastikan tiga dosa besar itu, tidak akan berlaku di dalam institusi pendidikan.

“Justeru, hujung bulan ini kita akan melancarkan garis panduan khusus bagi menangani dua daripadanya, iaitu isu buli dan gangguan seksual,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Malaysia 2023 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, malam tadi.

Fadhlina menegaskan, bagi menangani tiga isu itu, guru akan menjadi barisan hadapan untuk memastikan ia tidak terus berlaku dalam institusi pendidikan.

Pada 18 Ogos lalu, KPM menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius isu buli dan gangguan seksual membabitkan murid di institusi pendidikan di bawah kementerian berkenaan.

Malah, katanya, KPM sentiasa proaktif dalam menangani kes buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan kendaliannya, bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid serta seluruh warga institusi pendidikan. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related