Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695005127:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 115151
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:163:"Perkampungan itu yang kedudukannya berbukit dan mengambil masa kira-kira lebih sejam perjalanan dari pekan Sungai Siput mempunyai 500 penduduk daripada 49 keluarga";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => MCMC
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Bersah, Pos Kuala Mu di sini tidak perlu lagi menempuh perjalanan sejauh 19 kilometer (km) hanya untuk membuat panggilan telefon atau menggunakan internet kerana kampung mereka kini telah dilengkapi kemudahan berkenaan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753320949";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:1;i:1;i:2;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753320949
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 293
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
MCMC tingkat liputan komunikasi di Kampung Orang Asli Bersah, Kuala Mu | Scoop

MCMC tingkat liputan komunikasi di Kampung Orang Asli Bersah, Kuala Mu

Perkampungan itu yang kedudukannya berbukit dan mengambil masa kira-kira lebih sejam perjalanan dari pekan Sungai Siput mempunyai 500 penduduk daripada 49 keluarga

9:58 AM MYT

 

SUNGAI SIPUT – Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Bersah, Pos Kuala Mu di sini tidak perlu lagi menempuh perjalanan sejauh 19 kilometer (km) hanya untuk membuat panggilan telefon atau menggunakan internet kerana kampung mereka kini telah dilengkapi kemudahan berkenaan.

Tok Batin perkampungan itu Hadu Long bagi pihak penduduk kampung, merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan liputan internet melalui satelit atau Broadband Wireless Access (BWA) yang dipasang di kawasan surau sejak hujung 2021.

“Kini, kami dapat berhubung dengan anak-anak yang bekerja di luar kampung malah pengusaha chalet di sini dapat mempromosikan tempat pelancongan menerusi media sosial dan pengunjung yang datang juga tidak menghadapi masalah rangkaian telefon seperti dulu setelah kerajaan menaik taraf  menara berhampiran di Kuala Mu.

“Ekonomi penduduk menjadi bertambah baik kerana mereka juga dapat menggunakan internet untuk berniaga secara dalam talian. Saya harap mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini,” katanya ketika ditemui Bernama semasa menerima lawatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama penyedia rangkaian Numix di sini baru-baru ini.

Katanya, KOA Bersah yang kedudukannya berbukit dan mengambil masa kira-kira lebih sejam perjalanan dari pekan Sungai Siput mempunyai 500 penduduk daripada 49 keluarga.

Pengarah MCMC Negeri Perak, Mohd Irwan Mohamed berkata, pemasangan BWA siap beroperasi dan membolehkan penduduk KOA Bersah melayari internet sejak Oktober 2021 sementara menunggu proses menaik taraf liputan sedia ada.

“Kerajaan menyediakan projek ini untuk mereka yang berada di sini menikmati perkhidmatan internet secara kolektif, dengan penduduk perlu hadir ke tempat pemasangan BWA bagi mengakses internet secara percuma,” katanya.

Katanya, sebanyak 73 lokasi pedalaman di Perak telah dipilih bagi tapak projek di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menggunakan teknologi satelit bagi kemudahan komunikasi penduduk sekitar.

Sementara itu, dalam lawatan di Kampung Pong, Gerik semalam, Pengarah (Pembangunan) MCMC Negeri Perak Muhammad Fairuz Abdullah berkata, pihaknya turut menambah baik capaian internet dengan menaik taraf menara telekomunikasi melalui teknologi fiber.

“Dahulunya perkampungan ini telah disediakan liputan selular 2G dan 3G menggunakan talian teras jenis satelit yang kurang stabil dan tidak dapat memberikan talian internet yang baik terutamanya apabila cuaca tidak baik.

“Melalui pelan JENDELA, menara di kampung ini telah dinaik taraf kepada sambungan fiber optik untuk memberikan perkhidmatan 2G dan 4G yang lebih berkualiti dan pantas,” katanya.

Katanya, lebih 120 orang penduduk kebanyakannya melakukan aktiviti dusun buah-buahan dapat menikmati kemudahan itu termasuk anak-anak muda yang memerlukan internet bagi tujuan pembelajaran. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related