Pembinaan LCS dimulakan akhir bulan ini

Kementerian Pertahanan akan memastikan projek itu disiapkan mengikut jadual, selepas terhenti sejak akhir tahun 2019

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktiviti fizikal pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dimulakan pada minggu keempat bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan projek LCS dapat disiapkan mengikut jadual, berdasarkan kontrak tambahan keenam ditandatangani pada 26 Mei lalu.

“Selepas terhenti sejak akhir tahun 2019, rancangan pembinaan LCS dimulakan semula 26 Mei lalu.

“Berdasarkan perancangan aktiviti fizikal pembinaan kapal LCS akan dimulakan minggu keempat bulan ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, tumpuan bagi fasa pertama adalah kepada pemindahan pemilikan saham Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) kepada syarikat milikan Menteri Kewangan Diperbadankan dan rundingan penyambungan tempoh kontrak BNSSB dengan pihak pengeluar peralatan tulen (OEM) serta vendor.

“Malah, Share Sale Agreement antara Ocean Sunshine Berhad yang juga syarikat milikan penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan tiga pemegang saham BNSSB, iaitu Boustead Holdings Berhad (69 peratus), Perstim Industries Berhad (21 peratus ) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (10 peratus) ditandatangani pada 18 Ogos lalu,” katanya.

Mengulas peningkatan kos projek LCS daripada RM9.1 bilion kepada RM11.2 bilion, beliau berkata, ia disebabkan perubahan spesifikasi bagi sistem utama, iaitu Surface-to-Surface Missile (SSM), Decoy Launching System (DLS) dan Integrated Platform Management System (IPMS).

“Meskipun bilangan dikurangkan kepada lima kapal, peningkatan kos ini tidak dapat dielakkan atau dikurangkan kerana ia adalah kos berbentuk non-recurring bagi pembinaan keseluruhan kapal,” katanya.

Berhubung penyiapan rekaan terperinci, beliau berkata, sehingga kini 94 peratus sudah disiapkan, manakala baki enam peratus sedang disiapkan BNSSB, membabitkan zon tidak kritikal iaitu zon kapal atas permukaan air.

“Rundingan dengan Pihak Berkuasa Rekaan iaitu Naval Group France bagi kontrak rekaan terperinci dan Naval Group Malaysia bagi kontrak bantuan dan sokongan teknikal juga dimuktamadkan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, berkaitan alternatif supaya kapal LCS 2 dan LCS 3 disiapkan Naval Group Perancis, perkara terbabit pernah dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum ini, namun tidak dapat dipertimbangkan.

“Cadangan itu membabitkan kos lebih tinggi kepada kerajaan disebabkan tempoh masa perlu diambil bagi rundingan semula dengan kontraktor utama yang baharu (Naval Group), selain keperluan menanggung kos bagi peralatan dibeli dan diterima kontraktor semasa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perolehan kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau berkata, ia akan dilaksanakan melalui pendekatan rundingan antara kerajaan (G2G) yang dibuat dengan syarat terpilih.

“Kajian pasaran juga sudah dilaksanakan terlebih dahulu membabitkan semua syarikat yang sudah mengemukakan tawaran.

“Ia sudah dinilai dan dibuat kajian oleh jawatankuasa penilaian oleh pihak TLDM. Apabila pihak TLDM sudah menilai dan tahu apa model ingin dibeli, spesifikasi dan daya kombatan diperlukan, maka rundingan G2G akan dimulakan.

“Kita akan buat memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan berkenaan, syarikat dipilih kerajaan negara berkenaan, jadi kita akan buat kontrak untuk pembinaan LMS,” katanya. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related