Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695098679:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 479
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 115468
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:99:"Dakwanya lagi, ia bukan kali pertama dasar itu diperkenalkan pihak pentadbiran universiti berkenaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Zero Balance Policy
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Dakwanya lagi, ia bukan kali pertama dasar itu diperkenalkan pihak pentadbiran universiti berkenaan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748389404";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748563590";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:0;i:1;i:3;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748091302";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:4:{i:14;i:1;i:15;i:2;i:20;i:1;i:12;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748563590
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
KMUM desak UM mansuh ‘Zero Balance Policy’, dakwa ia membebankan, tidak munasabah | Scoop

KMUM desak UM mansuh ‘Zero Balance Policy’, dakwa ia membebankan, tidak munasabah

Dakwanya lagi, ia bukan kali pertama dasar itu diperkenalkan pihak pentadbiran universiti berkenaan

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mendesak pihak pentadbiran universiti terbabit memansuhkan pelaksanaan dasar baki sifar (Zero Balance Policy) yang baharu dilaksanakan kerana membebankan pelajar terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

KMUM menerusi satu kenyataan mendakwa, melalui dasar baharu itu, pelajar diwajibkan membayar yuran penuh untuk mengaktifkan status mereka sebagai “pelajar aktif” dalam pendaftaran kursus.

“Pelajar yang tidak mampu menyelesaikan yuran mereka tidak dapat mendaftar untuk kursus dan modul dalam semester yang akan datang.

“Walaupun dasar ini bertujuan untuk mengumpul hutang pelajar, KMUM percaya dasar ini menindas hak pelajar, tidak adil, dan harus dihapuskan serta-merta,” katanya.

Menurut KMUM, hampir mustahil bagi kebanyakan pelajar untuk mengumpul sejumlah wang yang besar untuk dibayar dalam jangka masa singkat kerana yuran berjumlah antara RM 1,000 hingga RM 20,000.

Beliau mendakwa, pelaksanaan dasar itu juga tidak munasabah kerana ramai pelajar belum menerima elaun biasiswa atau wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka semasa pendaftaran kursus.

Dakwanya lagi, ia bukan kali pertama dasar itu diperkenalkan pihak pentadbiran universiti berkenaan.

“Pada 2022, pentadbiran UM memperkenalkan dasar sama tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pelajar, tetapi akhirnya bersetuju melonggarkan dasar yuran untuk siswazah yang menyelesaikan yuran dari semester sebelumnya, berikutan bantahan daripada pelajar.

“Tahun ini, pentadbiran memutuskan untuk mengulangi kesilapan sama, walaupun selepas mendengar suara dan kebimbangan pelajar. Tindakan pihak pentadbiran tidak memaklumkan pelajar, mahupun kesatuan, mengenai keputusan penting ini terlebih dahulu, menunjukkan hakikatnya, mereka tidak menghormati autonomi pelajar,” katanya.

Pada masa sama, KMUM mendakwa dasar tersebut juga menghalang universiti daripada mencapai tujuan utamanya yang sebenar untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar.

Katanya, pelajar juga mempunyai hak kepada pendidikan dan pelaksanaan dasar tersebut seperti menghalang mereka daripada menerima pendidikan.

Sementara itu, KMUM turut membuat petisyen rayuan membantah dasar itu di laman web change.org sejak 15 September lalu dan berjaya mengumpul 4,610 sokongan setakat 12 tengah hari tadi.

Petisyen itu diwujudkan kerana pelajar menghadapi pilihan yang menakutkan sama ada mengabaikan impian mereka atau mengumpulkan hutang untuk membayar pendidikan masing-masing. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

Penang lift tragedy: boss to face legal action over worker’s death if OSHA violation found

Penang Department of Occupational Safety and Health (DOSH) director Hairozie Asri said the department investigated the location as soon as they received information about the incident. He said DOSH has also issued an immediate stop work notice pending investigations.

Ringgit opens easier against US dollar

The ringgit eased against the US dollar at the opening today on better demand for the greenback amid firmer US Treasury yields.

Related