Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695267198:17
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:96:"Menurut beliau, video tersebut sebenarnya adalah rakaman video lama yang diambil di luar konteks";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Fuziah Salleh
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Selepas dikecam netizen kerana videonya membeli beberapa barangan keperluan berharga di bawah RM200, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh tampil menjelaskan perkara sebenar.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 116175
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751178359";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751178359
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 332
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Dikecam gara-gara video berbelanja di bawah RM200, Fuziah tampil beri penjelasan | Scoop

Dikecam gara-gara video berbelanja di bawah RM200, Fuziah tampil beri penjelasan

Menurut beliau, video tersebut sebenarnya adalah rakaman video lama yang diambil di luar konteks

11:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam netizen kerana videonya membeli beberapa barangan keperluan berharga di bawah RM200, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut beliau, video tersebut sebenarnya adalah rakaman video lama yang diambil di luar konteks.

Malah Fuziah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuantan percaya, video itu disebarkan individu tertentu yang mungkin bermotifkan politik.

“Saya tak terkejut kerana saya percaya ada dalang di sebalik video yang tular itu yang mungkin bermotifkan politik.

“Sebenarnya, ia video lama yang diambil di luar konteks,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menerusi rakaman video yang tular itu, Fuziah dilihat melakukan tinjauan di sebuah pasar raya bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran dan membeli beberapa barangan untuk membuat penilaian kos.

Antara barangan yang dibelinya ialah minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM136.30.

Fuziah bagaimanapun kelihatan berpuas hati kerana dapat membeli beberapa barangan keperluan itu pada harga di bawah RM200.

“Siapa kata RM200 tak boleh, tak cukup, kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar. Saya sendiri tengok dan saya sendiri nilai,” katanya dalam video itu.

Kenyataan Fuziah dalam video itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang meninggalkan komen berbaur sindiran terhadapnya.

“Pinjam RM200 boleh tak? Saya nak beli maggi dan telur ni,” kata Rock.

“RM200 makan untuk satu keluarga kecil berapa lama boleh tahan mak cik?” soal Pak The Mulong.

Bagaimanapun, Fuziah menjelaskan, video itu diambil ketika beliau berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah pada awal Julai lalu.

Susulan itu, beliau berharap penjelasan tersebut dapat memperbetulkan pemahaman segelintir netizen yang mungkin keliru dengan mesej cuba disampaikannya. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

Stop harping on BN-DAP cooperation, PAS used to work with us too: Loke

The actions of Perikatan Nasional (PN) leaders who keep harping on cooperation between Barisan Nasional (BN) and DAP in the Kemaman by-election campaign only goes to show that they have run out of issues, said DAP secretary-general Anthony Loke.

Johor Sultan’s desire to put MACC, Petronas under Agong’s purview poses no threat to constitution: Anwar 

The views expressed by Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar regarding placing the Malaysian Anti-Corruption Commission and Petronas under the purview of the Yang di-Pertuan Agong are not a threat to the federal constitution, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Discourse on 3R issues allowed, but with boundaries: PM

Criticism and opinions welcomed but destruction, division, incitement, and insults are not

Related