Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695308116:14
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 183
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 116223
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kkd
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Fahmi berkata pengurangan harga Internet itu juga bertujuan mengurangkan kadar inflasi dalam sektor telekomunikasi negara yang kini telah mereda daripada 0 peratus kepada -3.7 peratus pada Julai lepas.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 47
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750750673";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:13;i:1;i:17;i:1;i:7;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750973391";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750973391
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:242:"Fahmi telah meminta agar perbincangan itu diselesaikan pada minggu hadapan bagi membolehkan proses selanjutnya iaitu pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan pembekal perkhidmatan jalur lebar";}
        )

)
Internet murah: MCMC dalam fasa akhir bincang dengan pembekal perkhidmatan | Scoop

Internet murah: MCMC dalam fasa akhir bincang dengan pembekal perkhidmatan

Fahmi telah meminta agar perbincangan itu diselesaikan pada minggu hadapan bagi membolehkan proses selanjutnya iaitu pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan pembekal perkhidmatan jalur lebar

1:39 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam fasa akhir perbincangan dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar bagi membolehkan harga borong Internet ditawarkan pada kadar lebih murah, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata beliau telah meminta agar perbincangan itu diselesaikan pada minggu hadapan bagi membolehkan proses selanjutnya iaitu pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan pembekal perkhidmatan jalur lebar.

Beliau berkata proses rundingan mengambil masa kerana melibatkan pelbagai pihak namun hasilnya kelak, harga Internet akan berkurangan dengan agak signifikan.

“Sesi rundingan telah diadakan, saya percaya hampir capai kata putus. Insya-Allah saya jangka menjelang minggu depan akan dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan KKD di sini hari ini.

Pada 7 Ogos lepas, Fahmi dilaporkan berkata semua penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga Internet bermula September selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.

Fahmi berkata pengurangan harga Internet itu juga bertujuan mengurangkan kadar inflasi dalam sektor telekomunikasi negara yang kini telah mereda daripada 0 peratus kepada -3.7 peratus pada Julai lepas.

“Dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kita berjaya turunkan kadar inflasi sektor komunikasi, ini bermaksud kita memang akan tawarkan Internet pada harga murah,” katanya.

Pada 25 Ogos lepas, Fahmi dilaporkan berkata KKD akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban kewangan rakyat dalam sektor komunikasi selaras dengan perkembangan positif kadar inflasi tersebut.

Ketika berucap pada perhimpunan bulanan itu, Fahmi berkata KKD akan menjadi hos bagi Forum Pembangunan Telekomunikasi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia-Pasifik (ADF2023) yang akan diadakan di ibu negara pada 9 dan 10 Okt ini.

“Saya lihat ini sebagai suatu peluang bagi negara untuk menonjolkan beberapa kemajuan (dalam sektor telekomunikasi). Kita perlu ambil peluang ini untuk tonjolkan beberapa strategi yang kita laksanakan termasuk berjaya melaksanakan 5G dan mengurangkan kadar inflasi sektor komunikasi,” katanya.

Penganjuran ADF2023 di Malaysia merupakan sebahagian komitmen negara selaku Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) selepas dipilih menduduki kerusi tersebut untuk penggal 2023-2026 pada Persidangan Plenipotentiary ITU 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania pada 3 Okt 2022. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related