Pelajar Malaysia ditahan di Norway bukan pengintip tetapi disyaki terlibat jenayah ekonomi

Dakwaan asal terhadapnya kini diubah, dengan polis memaklumkan, suspek menggunakan teknologi isyarat untuk mendapatkan maklumat mangsa

9:53 AM MYT

 

COPENHAGEN – Pihak berkuasa Norway semalam membatalkan dakwaan pengintipan terhadap seorang pelajar Malaysia, tetapi kini menahannya kerana disyaki melakukan “jenayah ekonomi.”

Pelajar lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Norway pada 8 September lalu selepas kereta disewanya dilihat berada berhampiran pejabat perdana menteri dan kementerian pertahanan negara itu.

Malah, pada masa sama isyarat elektronik dikesan di lokasi tersebut.

Mahkamah memerintahkan suspek ditahan dalam tahanan pra perbicaraan selama empat minggu, kerana disyaki melakukan pengintipan dan operasi risikan terhadap negara itu.

Dakwaan asal terhadapnya kini diubah, dengan polis pada semalam memaklumkan, suspek menggunakan teknologi isyarat untuk mendapatkan maklumat mangsa.

Pendakwa di Jabatan Jenayah Ekonomi Polis Norway, Marianne Bender berkata, lelaki itu menggunakan peranti pengawasan telefon mudah alih, atau “IMSI-catcher’ dalam percubaan untuk melakukan “penipuan besar” di Oslo dan Bergen yang juga bandar kedua terbesar di Norway.

Suspek dipercayai menggunakan “IMSI-catcher”, alat mencuri dengar telefon yang digunakan untuk memintas trafik telefon bimbit dan menjejak data lokasi.

Bender berkata, lelaki itu dipercayai terbabit dalam penipuan meluas dengan kaitan jenayah terancang, mungkin mempunyai hubungan antarabangsa.

Terdahulu, seorang pendakwa untuk agensi keselamatan domestik Norway, Thomas Blom, memaklumkan andaian awal suspek bekerja bagi pihak negara asing lain.

Ketika ditahan, polis turut merampas beberapa peranti elektronik pembawa data dalam simpanan suspek.

Suspek adalah seorang pelajar, tetapi dia tidak mendaftar di institusi pendidikan di Norway selain tinggal di negara itu untuk tempoh singkat. – 23 September, 2023

Topics

 

Hangat

No plans to license smaller social platforms, implement ID verification: Teo

Deputy communications minister says most cyber crimes happen on more prominent platforms, reiterates consultations were made and denies claims in AIC open letter

10 dead after two army helicopters crashed in Lumut: Perak top cop

Two Malaysian Armed Forces helicopters reportedly crashed in Lumut, Perak this morning. 

Bodyguard assault case resolved: victim cites misunderstanding, wishes to move on

Victim files saat police report to close issue, requesting no further action

Related