Radzi nafi lulus projek percetakan J-Qaf RM80 juta

'Isteri saya bukan seorang kerabat diraja dan tidak mempunyai kaitan mahu pun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej yang tular itu.' : Radzi

7:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  — Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menafikan terlibat dengan tuduhan meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah melibatkan lebih RM80 juta.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tuduhan yang terkandung dalam mesej tular yang mengaitkan beliau dan isterinya dengan percetakan J-Qaf itu tidak benar.

Malah katanya, isteri beliau bukan seorang kerabat diraja dan tidak mempunyai kaitan mahu pun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej yang tular itu.

“Saya tiada sebarang kaitan dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah sama sekali. Saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat OTR One & Only tersebut.

“Isteri saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat ATR One & Only tersebut. Perkara ini jelas kepada sesiapa yang sanggup membuat carian ke atas syarikat ATQ One & Only berkenaan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Malam tadi, SPRM dilaporkan telah menahan dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas Menteri kanan pada jam 11 malam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.

Mengulas mengenai penahanan itu, Radzi mengesahkan SPRM telah menahan mantan Setiausaha  Politiknya berdasarkan suatu mesej karut yang tular di media sosial.

“Saya menegaskan saya tidak pernah meminta atau menerima, sama ada secara terus atau melalui mana-mana orang lain, sebarang rasuah atau suapan daripada sesiapa pun sama sekali,’’ katanya.

Justeru, Radzi berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mengulangi atau menerbitkan tuduhan berkenaan. – 23 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Smoking products bill to be tabled this Dewan session, says Zaliha

The Health Ministry has assured that the Control of Smoking Products for Public Health Bill 2023 will be tabled before the end of the Dewan Rakyat session, which is ongoing until November 30.

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related