Pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara dipertikai, ‘jawatan ini tanggungjawab buat saya’: Anne Ngasri

Perkongsian berkenaan turut mencetuskan perbalahan apabila ada netizen mendakwa beliau menggunakan ‘kabel’, manakala segelintir menganggapnya layak memikul tugasan itu

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu berhubung pelantikan selebriti, Datin Anne Ngasri sebagai Timbalan Pengerusi Giatmara baru-baru ini menjadi bualan hangat di media sosial.

Ia susulan perkongsian Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 38, memaparkan beliau menghadiri Majlis Graduasi GiatMara ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

Menerusi perkongsian itu, beliau meluahkan kesyukuran apabila dilantik menyertai pengurusan GiatMara.

“Alhamdulillah, menjadi sebahagian keluarga besar GiatMara Malaysia. Kenangan indah melakar sejarah di Majlis Graduasi GiatMara ke-36 Zon Pantai Timur. 

“Syukur ya Allah dan terima kasih kepada yang selalu mendoakan saya. Saya juga doakan semua dilindungi dan diberikan yang terbaik sepanjang perjalanan mendatang,” tulisnya menerusi Instagram.

Bagaimanapun, di sebalik ucapan tahniah diterimanya, ada netizen yang seolah-olah kurang senang dan mempersoalkan kelayakan Anne untuk menyandang jawatan penting tersebut.

Segelintir mereka pula mendakwa exco Wanita Umno itu, mendapat jawatan berkenaan kerana menggunakan ‘kabel’. 

Namun, tanggapan itu dinafikan sesetengah netizen yang menyokong pelantikan berkenaan dengan menyifatkan sudah tentu Anne layak menyandang jawatan berkenaan.

Malah, ada individu menganggap ia adalah rezeki untuk beliau dan tidak seharusnya dipersoalkan.

Sementara itu, Anne ketika dihubungi Scoop berkata, beliau tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung pelantikan terbabit dan enggan mengulas mengenai pertikaian berkenaan.

Menurutnya, pelantikan itu adalah amanah dan dia bersyukur diterima institusi terbabit.

“Jawatan ini merupakan satu tanggungjawab buat saya, saya tak berani nak cerita lebih-lebih,” jawabnya ringkas.

Bagaimanapun, sekiranya dilihat pencapaian kerjayanya, Anne dilaporkan mula aktif dalam politik sejak 2013, dengan menggalas beberapa jawatan, antaranya Ketua Puteri Umno Cawangan Dataran Merdeka dan pernah dipilih sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang.

Pada Pemilihan Umno 2018, Anne terpilih menjadi exco Pergerakan Puteri Umno, manakala pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2019, beliau diberi ruang menyampaikan perbahasan mewakili sayap parti itu sempena Ucapan Perbahasan Perwakilan.

Beliau juga memiliki perniagaan tudung dengan jenama Anne Ngasri Exclusive (AN Exclusive) secara atas talian, seperti menerusi Facebook dan Instagram.

Justeru, mungkin nilai kepimpinan serta keusahawanan dimilikinya itu, selain usia muda menjadi faktor melayakkan Anne dilantik ke jawatan kanan pengurusan GiatMara, memandangkan institusi berkenaan ditubuhkan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia, seterusnya menjadi tenaga kerja mahir serta usahawan teknikal.

Sementara itu, semakan Scoop di laman sesawang GiatMara, https://giatmara.edu.my mendapati, nama Anne sudah tertera dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi. – 25 September 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related