Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695799770:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 419
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 118593
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:182:"Menurut Adnan, tidak wajar untuk mana-mana ahli politik mempersoalkan keistimewaan penjawat awam yang menikmati skim pencen apabila majoriti daripada mereka berkhidmat lebih 30 tahun";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => pencen
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Khairy berkata, beliau sedia jika pencennya ditukar kepada skim persaraan KSWP, seperti dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 24
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750812098";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:3;i:1;i:0;i:1;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750979417";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750979417
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Hapus pencen penjawat awam cadangan mengarut, Cuepacs syor wakil rakyat terima satu pencen sahaja | Scoop

Hapus pencen penjawat awam cadangan mengarut, Cuepacs syor wakil rakyat terima satu pencen sahaja

Menurut Adnan, tidak wajar untuk mana-mana ahli politik mempersoalkan keistimewaan penjawat awam yang menikmati skim pencen apabila majoriti daripada mereka berkhidmat lebih 30 tahun

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan sebarang cadangan untuk menghapuskan atau membatalkan kemudahan pencen yang dinikmati penjawat awam sebagai cadangan yang mengarut.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, skim pencen yang menjadi keistimewaan penjawat awam di negara ini tidak wajar dilihat sebagai suatu bebanan oleh kerajaan kerana ia adalah pengiktirafan terhadap sumbangan diberikan golongan itu sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Menurut beliau, pemberian pencen kepada penjawat awam juga tidak wajar dibandingkan dengan pemberian pencen kepada Ahli Parlimen, wakil rakyat atau individu yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

“Tidak wajar untuk mana-mana ahli politik mempersoalkan keistimewaan penjawat awam yang menikmati skim pencen apabila majoriti daripada mereka berkhidmat lebih 30 tahun.

“Kami penjawat awam bukan seperti ahli politik yang berkhidmat dalam tempoh singkat, imbuhan yang tinggi dan pada masa sama layak menikmati pencen yang besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, ada dalam kalangan penjawat awam ketika ini hanya menikmati pencen sekitar RM1,000 sebulan walaupun sudah berkhidmat selama 30 tahun.

Katanya, sudahlah ketika berkhidmat pun gaji tidaklah tinggi dan ketika sudah pencen pula masih ramai yang mempertikaikan keistimewaan pencen mereka yang sedikit itu.

“Cuepacs dan penjawat awam sendiri tidak pernah cemburu atau mempertikaikan pencen yang diterima oleh mana-mana Ahli Yang Berhormat.

“Malah ada dalam kalangan mereka yang menerima lebih daripada dua pencen walaupun tempoh perkhidmatan mereka sangat singkat jika dibandingkan dengan penjawat awam,” katanya.

Susulan itu, Adnan berkata, wakil rakyat dicadangkan untuk menerima satu pencen sahaja (mana yang tinggi) sekiranya mahu membantu menjimatkan duit kerajaan.

“Penjawat awam berkorban untuk negara, mengabdikan diri lebih 30 tahun dengan skim pencen yang kecil, tiba-tiba dapat cadangan hendak dihapuskan pula.

“Pendirian Cuepacs adalah jelas iaitu kita tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk cadangan untuk mengurangkan keistimewaan sedia ada dimiliki penjawat awam ketika ini termasuklah dalam hal berkaitan pencen,” katanya.

Terdahulu, pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid mencadangkan kerajaan supaya memansuhkan pencen untuk semua menteri dan ahli Parlimen serta dimasukkan ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti orang lain.

Cadangan itu disambut baik mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mengesyorkan pencen penjawat awam turut dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara.

Khairy berkata, beliau sedia jika pencennya ditukar kepada skim persaraan KSWP, seperti dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.

Tegasnya, pemansuhan pencen itu harus dilakukan secepat mungkin kerana selagi ia ditangguhkan, selagi itu ia memberi kesan kepada kewangan negara.

Menurutnya, kerajaan mungkin menanggung sehingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang sekiranya ia tidak dihapuskan. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related