Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696044423:16
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 140
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 119378
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:208:"Selain itu, penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap modal insan dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur serta amanah, bagi membolehkan ia diterjemahkan dalam setiap tindakan dilaksanakan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => KPPA
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan agar memberi perhatian serius terhadap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751045966";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:17;i:2;i:14;i:2;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751045966
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius teguran LKAN untuk kurangkan ketirisan, pembaziran: KPPA | Scoop

Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius teguran LKAN untuk kurangkan ketirisan, pembaziran: KPPA

Selain itu, penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap modal insan dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur serta amanah, bagi membolehkan ia diterjemahkan dalam setiap tindakan dilaksanakan

11:28 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan agar memberi perhatian serius terhadap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata, langkah berkenaan adalah usaha ke arah memartabatkan integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam. 

“Mereka (Ketua Setiausaha dan ketua jabatan) juga diminta bersiap siaga dengan sebarang teguran (LKAN) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan. 

“Selaku pegawai pengawal di setiap kementerian dan jabatan diterajui, integriti perlu diberi keutamaan,” katanya menerusi kenyataan.

Kenyataan itu diberikan sempena Persidangan Pemerkasaan Integriti anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan pada 27 September lalu.

Persidangan itu julung kali diadakan dengan tema ‘Membudaya Integriti, Memperteguh Malaysia MADANI’. 

Antara objektif persidangan berkenaan adalah sebagai platform bertukar pandangan; mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan aspek tatakelola dalam pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab kementerian, jabatan dan agensi serta membincangkan pelbagai isu berkaitan dapatan audit dan langkah penambahbaikan.

Beliau berkata, penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap modal insan dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur serta amanah, bagi membolehkan nilai murni itu diterjemahkan bagi setiap tindakan dilaksanakan.

Katanya, berpegang kepada prinsip ‘amanah dijulang, integriti dipegang, kejujuran diserlahkan’, semua penjawat awam perlu berpegang kepada nilai integriti dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi, seperti digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

“Kita semua tidak akan sama sekali berkompromi dengan isu integriti,” katanya.

“Dengan iltizam kukuh untuk menjauhi rasuah dan salah guna kuasa menerusi integriti, penjawat awam dapat melonjakkan Malaysia sebagai negara maju yang bermaruah serta disegani di persada antarabangsa,” katanya. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related