Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696076943:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 257
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 119646
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti lebih 2,000 pengundi DUN berkenaan, yang berada di Lembah Klang";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => prk
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina di sini pada 17 Ogos lepas.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752162947";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:17;i:1;i:23;i:1;i:15;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752162947
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
PRK Pelangai: PH Pahang bantu tarik pengundi luar pulang mengundi | Scoop

PRK Pelangai: PH Pahang bantu tarik pengundi luar pulang mengundi

Setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti lebih 2,000 pengundi DUN berkenaan, yang berada di Lembah Klang

8:28 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Pahang akan berusaha menarik pengundi luar khususnya yang berada di Lembah Klang, untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Okt ini.

Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti lebih 2,000 pengundi DUN berkenaan, yang berada di Lembah Klang.

“Kita sedang cuba untuk pujuk dan beritahu keperluan untuk mereka turun mengundi. Ini antara usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu.

“Ini bagi memastikan (DUN) Pelangai mempunyai representasi yang baik, terutama untuk meneruskan kelangsungan pembangunan dan pembelaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di sini, hari ini.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina di sini pada 17 Ogos lepas.

Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Ditanya status terkini petisyen untuk membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor Ogos lalu, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut daripada peguam.

Sebelum ini, PH dan BN mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan rendah.

Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

Sementara itu, mengulas khabar angin beliau ditawarkan menjadi menteri di peringkat Pusat, Amirudin berkata perkara tersebut sudah diperkatakan sejak tahun lepas.

“Khabar angin saya ke Pusat itu ada sejak 2022 dan saya tidak dengar apa-apa (dan terima tawaran ke Pusat). Itu cuma khabar angin. (Beralih ke Pusat) itu bawah bidang kuasa Perdana Menteri. Biar Perdana Menteri fikir dan buat keputusan,” katanya. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

E-hailing driver lured to palm plantation before being murdered, prosecution reveals

The prosecution in the trial of six policemen and a civilian who are charged with killing an e-hailing driver will adduce to show that the murder took place on Januari 13, 2023, where the deceased was lured out of a hotel in Tawau and ordered to drive with others in a car to an oil palm plantation where he was killed.

Gobind calls for new laws to hold platform owners responsible after Esha’s tragic death

Minister emphasises urgency of addressing cyberbullying, stressing need for immediate and firm action in such cases

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related