PAS tidak halang sesiapa dicalonkan, ‘saya mohon orang lain tanding timbalan presiden’: Tuan Ibrahim

Malah, tuduhan kononnya parti itu mengeluarkan arahan supaya Top 5 tidak dipertandingkan, tidak benar

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang ahlinya di mana-mana kawasan mencalonkan sesiapa sahaja bagi apa juga jawatan dipertandingkan parti itu pada pemilihannya, bulan ini.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan dilontarkan pihak tertentu kononnya PAS mengeluarkan arahan supaya lima jawatan tertinggi (Top 5) parti itu tidak dipertandingkan, adalah tidak benar.

“Ada pihak menuduh kononnya PAS mengeluarkan arahan agar Top 5 tidak dipertandingkan.

“Saya ingin tegaskan bahawa parti tidak pernah menghalang mana-mana kawasan untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk mana-mana jawatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong beberapa kawasan, baru-baru ini, beliau memohon agar ahli di situ mencalonkan orang lain untuk jawatan timbalan presiden.

“Jawatan adalah suatu amanah perlu dipikul seandainya dipilih berkat kerjasama jamaah, Insya-Allah jamaah ini akan terus diberkati Allah.

“Apakah yang mendukacitakan kamu seandainya bebanan kamu pikul diangkat dari pundakmu,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, lima jawatan tertinggi PAS, iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak akan dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Jawatan Presiden PAS ketika ini dipegang Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sebagai timbalan presiden.

Keputusan itu diperkatakan ramai, termasuk dakwaan parti berkenaan mengikut langkah dilaksanakan Umno yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya, malah ada pihak dilapor menuduh ia disebabkan arahan kepimpinan kanan PAS bagi mengelakkan kedudukan pemimpin atasan ‘tergugat’.

Manakala, Timbalan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor menyifatkan Umno lebih demokratik berbanding PAS, susulan perkembangan membabitkan lima jawatan tertinggi tidak dipertandingkan itu. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Related