Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696387464:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 120746
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Baru bergelar pengarah, namun nama Nadhir Nasar telah terpalit dengan kontroversi apabila video muzik arahannya iaitu lagu Malampagi nyanyian Saixse dikatakan menyelitkan unsur negatif yang mendorong ke arah kemaksiatan
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 207
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751008720";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751008720
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:179:"Saya adalah seorang yang berpegang pada prinsip. Prinsip saya di dalam industri untuk menyampaikan mesej. Saya di sini bukan untuk menjadi terkenal atau mengejar pengikut : Nadhir";}
        )

)
Video muzik Malampagi arahannya dikatakan mendorong ke arah kemaksiatan, Nadhir Nasar cuma ingin papar realiti  | Scoop

Video muzik Malampagi arahannya dikatakan mendorong ke arah kemaksiatan, Nadhir Nasar cuma ingin papar realiti 

Saya adalah seorang yang berpegang pada prinsip. Prinsip saya di dalam industri untuk menyampaikan mesej. Saya di sini bukan untuk menjadi terkenal atau mengejar pengikut : Nadhir

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Baru bergelar pengarah, namun nama Nadhir Nasar telah terpalit dengan kontroversi apabila video muzik arahannya iaitu lagu Malampagi nyanyian Saixse dikatakan menyelitkan unsur negatif yang mendorong ke arah kemaksiatan. 

Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27 berkata, mesej lagu dan video muzik lagu berkenaan adalah untuk memberikan nasihat kepada penonton agar kembali kepada tuhan.

“Saya adalah seorang yang berpegang pada prinsip. Prinsip saya di dalam industri untuk menyampaikan mesej. Saya di sini bukan untuk menjadi terkenal atau mengejar pengikut.

“Mungkin orang akan kata ia adalah sesuatu yang keterlaluan. Tapi itu adalah realiti malah ia sangat straight forward untuk kembali kepada tuhan. Lagu itu juga sering diputarkan di banyak stesen radio. Dan ramai juga yang kata lagu ini adalah lagu healing untuk generasi z. 

“Itu adalah persepsi orang ramai. Jadi saya ingin tukar persepsi itu bahawa lagu ini sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Super Wira.

Nadhir Nasar berkata walaupun ada yang menganggap video muzik itu bersifat provokatif namun dia percaya bahawa setiap orang ada selera masing-masing. – Gambar Scoop, 4 Oktober, 2023

Walaupun ada yang menganggap video muzik bersifat provokatif namun pelakon Projek High Council ini percaya bahawa setiap orang ada selera masing-masing.

“Saya sudah jangka isu ini akan timbul. Tetapi untuk buat karya sebegini adalah sukar. Ada dua kelompok yang akan suka dan tidak. 

“Satu kelompok dambakan naskhah yang berkualiti setaraf Netflix. Ada juga kelompok yang tidak suka mengikut acuan barat.

“Tetapi kalau kita tak ikut barat, macam mana kita nak hasilkan kualiti seperti Netflix? Saya percaya kalau dua kelompok ini bersatu, industri di Malaysia akan jadi hebat,” ujarnya. 

Ditanya adakah dia gusar sekiranya ada pihak yang ingin video muzik itu diharamkan, menurut Nadhir, ia di luar bidang kuasanya.

“Saya tidak risau untuk diharamkan. Saya sudah lunaskan kerja sebagai pengarah dan terpulang kepada orang luar untuk menilai,” jelasnya.

Terdahulu video muzik arahan pertama Nadhir, Malampagi, mencetuskan kontroversi apabila ada pihak yang beranggapan lirik dan muzik video lagu itu berunsur lucah di samping memaparkan nilai gejala sosial. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Faisal Halim ends goal drought with hat-trick, KDN FC thrashed 7-0

Selangor FC emerge as winners against Kelantan in last night’s Super League match

Major changes ahead: Hannah plans overhaul of Sukma participation criteria

Proposed revamp part of strategy to nurture, develop new national sporting talent over next five to 10 years, says sports minister

National Unity Ministry requests for higher allocation in Budget 2024

Minister of National Unity Datuk Aaron Ago Dagang said the ministry has requested a higher allocation in the 2024 Budget, which will be tabled in October.  

Related