Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700485652:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 2384
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 121482
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pentadbir tanah telah mengarahkan pemilik tanah Kg Sg Baru untuk mengosongkan kediaman mereka selewat-lewatnya 19 Oktober ini bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula yang bernilai berbilion ringgit
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751071119";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751071119
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:85:"Notis ini dikeluarkan walaupun tarikh pengosongan itu telah ditunda kepada 31 Oktober";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Notis pengusiran
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

)
Pemilik tanah Kg Sg Baru dikejutkan dengan notis pengusiran, kena keluar selewat-lewatnya 19 Okt | Scoop

Pemilik tanah Kg Sg Baru dikejutkan dengan notis pengusiran, kena keluar selewat-lewatnya 19 Okt

Notis ini dikeluarkan walaupun tarikh pengosongan itu telah ditunda kepada 31 Oktober

12:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pentadbir tanah telah mengarahkan pemilik tanah Kg Sg Baru untuk mengosongkan kediaman mereka selewat-lewatnya 19 Oktober ini bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula yang bernilai berbilion ringgit. 

Notis ini dikeluarkan walaupun tarikh pengosongan itu telah ditunda kepada 31 Oktober, iaitu satu tarikh yang telah disahkan oleh setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azman Abidin kepada Scoop.

Notis terbaharu itu menyatakan yang penduduk telah menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa negeri dan merupakan satu kesalahan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 ataupun penjara sehingga lima tahun.

Seorang penduduk Kg Sg Baru mendakwa bahawa wakil daripada Ritzy Gloss Sdn Bhd, syarikat yang ingin membangunkan semula kawasan itu, telah menaikkan notis di rumah yang terbabit pada pagi tadi.

Pita pelekat ditampal di depan pintu penduduk – Azim Rahman/Scoop, 5 Oktober, 2023

Beberapa rumah, yang masih diduduki oleh penduduk, juga ‘ditampal’ dengan beberapa pita.

Ketika dihubungi Scoop, Azman menegaskan bahawa tarikh pengusiran telah ditangguhkan kepada 31 Oktober, sambil menambah bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Notis berkenaan dikeluarkan selepas tarikh pengusiran yang sepatutnya semalam, ditunda sehingga akhir bulan ini.

Pengusiran penduduk adalah selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960, undang-undang yang digunakan kerajaan untuk mengambil milikan rasmi tanah di kawasan bersejarah Melayu pada Jun 2021.

Ini selepas permohonan Ritzy Gloss untuk LAA diluluskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Pampasan yang ditawarkan oleh pemaju kepada pemilik tanah juga dikatakan tidak mencukupi.

Notis yang ditampal itu menyatakan bahawa penduduk telah menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa negeri dan merupakan satu kesalahan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara. – Azim Rahman/Scoop, 5 Oktober, 2023

Penduduk sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap perbezaan pampasan kira-kira 310 peratus yang ditawarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian berbanding penilaian swasta.

Memandangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyelia hal-hal berkaitan Wilayah Persekutuan, penduduk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan berhubung pengosongan itu.

Pemilik tanah juga mendakwa bahawa masih tiada rundingan yang sepatutnya antara penduduk dan Ritzy Gloss, iaitu mesyuarat yang dijanjikan oleh Anwar apabila beliau menghentikan projek itu pada bulan Januari. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Operators have two years to adhere to campsite guidelines: Local Govt Ministry

Its minister Nga Kor Ming said the guidelines, which come into effect this month, are intended to be a guide to the management and operation of campsites for the authorities, entrepreneurs and campsite operators as well as the public. 

Related