Jelajah Sepahtu Reunion Live 2023 berlangsung selama dua minggu berturut-turut di Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober

Disebabkan sambutan hangat yang diterima pada tahun lalu, Astro Warna mengambil inisiatif untuk kembali membawakan jelajah Sepahtu Reunion Live untuk 2023 dan kali ini diadakan selama dua minggu berturut-turut di Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas mendapat sambutan yang hangat pada tahun lepas, Astro kini kembali menjelajah bersama Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live Tour 2023 bermula bulan ini, selama dua minggu berturut-turut.

Aktif sebagai pelawak dalam industri hiburan dalam tempoh hampir sedekad, menjadikan Sepahtu sebuah nama yang tersohor sehingga mampu mempunyai pengikut-pengikut tegar di seluruh negara.

Apatah lagi jelajah pertama yang dilakukan mereka pada tahun lepas telah mendapat sorakan yang kuat serta reaksi yang memuaskan daripada peminat yang sanggup hadir ke lokasi-lokasi penjelajahan dari jauh semata-mata untuk menyaksikan persembahan mereka secara langsung.

Menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi, Astro kini menyambung penjelajahan tersebut untuk kali kedua bersama-sama dengan warga Johor Bahru.

Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus bakal membawa gelagat-gelagat mereka dalam variasi sketsa dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk meluangkan masa bersama peminat serta sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.

Sepahtu Reunion Live Tour 2023 akan berlangsung selama dua hari di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober, membawa pelbagai sketsa dan lakonan spontan tetapi padat dengan pengajaran berdasarkan isu-isu semasa.

Persembahan ini juga akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 107) pada hari dan masa yang sama. – Gambar ihsan Astro, 5 Oktober, 2023

Elemen istimewa yang digemari penonton menerusi penjelajahan ini adalah konsep interaktif yang dibawa dengan mengadakan sesi bersama mereka seperti membalas pickup line atau menyertai persembahan mereka, selain menampilkan rakan-rakan selebriti popular dan tetamu undangan misteri yang akan membuat kemunculan dalam sketsa pelawak terbabit.

Aktiviti kemuncak yang dikekalkan daripada penjelajahan pertama adalah pemilihan pakaian mengikut tema paling menarik dalam kalangan penonton The Best Audience OOTD serta pencarian penonton yang paling berbakat untuk menyertai mereka di atas pentas.

Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, reaksi, sorakan dan tepukan yang diberikan ketika penjelajahan pertama bersama Sepahtu pada tahun lepas memberi inspirasi kepada Astro Warna untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama peminat.

“Ternyata ramai yang ingin menyertai penjelajahan ini untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama mereka. Oleh kerana sambutan di Johor tahun lepas amat mengagumkan, tahun ini kami akan berada di Johor Bahru selama dua hari.

“Kami juga ada merancang untuk ke negeri-negeri yang lain dan pastinya berita gembira itu akan diumumkan kemudian. Kami berharap peminat yang tidak
berpeluang untuk hadir pada tahun lepas dapat menyertai jelajah kali ini,” tambahnya.

Tiket menyaksikan Sepahtu secara LIVE di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru berharga RM250 (Zone1), RM100 (Zone 2), RM100 (Zone 3), RM80 (Zone 4) dan RM40 (Zone 5) dan boleh didapati menerusi pautan www.t2u.asia .

Persembahan penjelajahan ini juga akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 107) pada hari dan masa yang sama. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Set aside differences: follow T’ganu’s lead putting unity first on National Day

State governments led by the opposition should emulate the Terengganu government’s move to use the same National Day logo and theme as the federal government.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last week.

Fahmi defends MCMC enforcement actions against local website

Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil has defended enforcement actions by the Malaysian Communications and Multimedia Commission against a local website.

Related