Kapal terakhir LCS hanya siap 2029, menurut laporan PAC

PAC mengesyorkan beberapa perkara kepada kerajaan untuk dilaksanakan, antaranya Mindef perlu memastikan pelaksanaan pelan mobilisasi mengikut syarat yang telah ditetapkan

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengemukakan sembilan rumusan berhubung projek pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) dengan kapal terakhir hanya akan siap pada 2029.

Menurut anggota PAC yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir berdasarkan laporan tersebut, PAC juga mendapati tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak lawatan jawatankuasa berkenaan kali ke-14 pada 11 Disember 2011 sehingga lawatan ke-15 pada 10 Jun lalu.

“Melalui pelan mobilisasi yang terkandung dalam SA5 yang ditandatangani pada 31 Mei 2022, Mindef (Kementerian Pertahanan) merancang dengan lebih teliti selepas kegagalan menetapi jadual asal pembinaan LCS di mana keenam-enam kapal sepatutnya siap pada 2023.

“Tempoh masa pembinaaan LCS dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan dijangka TLDM hanya dapat memperolehi kelima-lima LCS pada 2029 berbanding kontrak asal yang menetapkan LCS 5 diserahkan pada tahun lalu,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Jelasnya, laporan itu juga menyebut walaupun bilangan LCS telah dikurangkan kepada lima daripada bilangan asal enam namun kos pembinaaan telah meningkat daripada RM9.128 bilion kepada RM11.22 bilion, iaitu pertambahan sebanyak RM2.098 bilion.

“Ini berpunca daripada kos bagi reka bentuk iaitu RM0.211 bilion, harga peralatan (RM1.214b), insurans dan risiko (RM0.466b), kos kewangan (RM0.143b), kos pengurusan projek (RM0.066b).

“Kelewatan dan pertambahan masa juga merupakan faktor utama peningkatan ini berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, PAC telah mengesyorkan beberapa perkara kepada kerajaan untuk dilaksanakan, antaranya Mindef perlu memastikan pelaksanaan pelan mobilisasi mengikut syarat yang telah ditetapkan.

“Mindef dan TLDM bertanggungjawab dalam memastikan keseluruhan projek pembinaan lima LCS bernilai RM11.22 bilion disiapkan serta diserahkan kepada TLDM mengikut tempoh dan kos yang telah dipersetujui dalam SA6.

“Kementerian dan agensi kerajaan hendaklah memastikan supaya draf kontrak yang dirunding dengan syarikat telah dirujuk dan disemak dengan teratur serta dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terlebih dahulu sebelum ditandatangani.

“Jabatan Audit Negara (JAN) perlu menjalankan pengauditan sebelum LCS 1 diserahkan kepada TLDM dan membentangkannya di Parlimen,” katanya.

Prosiding penyiasatan PAC sebelum ini telah memanggil saksi-saksi seperti Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Mindef, Datuk Shahrazat Ahmad; Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat BNS Sdn Bhd, Kapten (B) Azhar Jumaat.

Pelbagai pihak mendesak kerajaan menjelaskan masalah yang dihadapi membabitkan projek LCS berikutan terdapat beberapa persoalan tadbir urus dan ketelusan yang masih tidak terjawab.

Mereka turut mempersoalkan kenapa sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil bagi menangani pelbagai persoalan dibangkitkan, termasuk mengheret dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related