Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697251163:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 273
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 124336
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:108:"Subromaniam berkata, ia adalah langkah bijak kerajaan tanpa terlalu membebankan rakyat terutama golongan B40";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => bajet 2024
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Terdahulu, kerajaan bercadang menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus ketika ini, mulai tahun depan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 46
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748842997";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748425651";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748603966";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:22;i:1;i:11;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748842997
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Cukai perkhidmatan 8 peratus akan beri tambahan hasil sehingga RM6 bilion kepada negara | Scoop

Cukai perkhidmatan 8 peratus akan beri tambahan hasil sehingga RM6 bilion kepada negara

Subromaniam berkata, ia adalah langkah bijak kerajaan tanpa terlalu membebankan rakyat terutama golongan B40

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan boleh mengutip hasil tambahan antara RM5 hingga RM6 bilion apabila kerajaan bercadang menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus tahun depan.

Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam berkata, ia adalah langkah bijak kerajaan tanpa terlalu membebankan rakyat terutama golongan B40.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam melihat ia sebagai langkah bijak kerajaan tanpa terlalu membebankan rakyat terutama golongan B40. – Gambar Scoop, 14 Oktober, 2023

“Saya rasa kerajaan boleh kutip dalam RM5 hingga RM6 bilion pendapatan melalui tambahan dua peratus dan peluasan skop itu. Sekarang kerajaan kutip lebih kurang RM31 bilion melalui cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Jadi ia bagus untuk negara.

“Mungkin masa belum sesuai lagi untuk perkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebab tekanan inflasi dan sebagainya. Buat sementara sekurang-kurangnya kerajaan boleh tambah hasil,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, kerajaan bercadang menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus ketika ini, mulai tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Bajet 2024 berkata, namun untuk tidak membebankan rakyat, cukai itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memperluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

Mengulas lanjut, Subromaniam berkata, untuk meningkatkan lagi hasil negara, skop perkhidmatan itu wajar diperluaskan lagi termasuk kepada perkhidmatan yang tidak pernah dikenakan cukai sebelum ini.

“Ia boleh diperluaskan kepada perkhidmatan penggunaan elektrik oleh sektor komersial and industri, perkhidmatan insurans kesihatan, perkhidmatan kewangan lain berdasarkan fi, perkhidmatan sewa komersial dan pembinaan komersil,” katanya.

Pakar Ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor. – Gambar media sosial, 14 Oktober, 2023

Pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, beliau melihat langkah seimbang diambil kerajaan dalam usaha hendak menaikkan pendapatan melalui peningkatan SST itu, namun pada masa sama tidak mahu membebankan orang ramai.

“Kenaikan bukan kepada khalayak ramai tapi sektor tertentu yang tinggi nilainya. Kalau dikenakan kepada semua perkara mungkin rakyat marah juga dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

“Mungkin masa akan datang akan diperluaskan ke sektor lain melainkan kalau kerajaan mahu laksanakan GST itu, perkara lain,” katanya.

Beliau berkata, hasil pendapatan akan dibelanjakan kerajaan, jadi ia tidak memberi impak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun membantu kerajaan mengurangkan defisit bajet tersebut.

Selain itu katanya, sekiranya kenaikan SST itu tidak dapat juga hendak menampung perbelanjaan, maka kerajaan terpaksa memperkenalkan semula GST.

Pensyarah Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff. – Gambar Bernama, 14 Oktober, 2023

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, peningkatan SST akan menyumbang hasil kepada kerajaan namun pada masa sama tidak akan membebankan rakyat kerana ia memfokuskan kepada barangan dan perkhidmatan tertentu sahaja.

“Tetapi sudah tentu ia tidak memberikan jumlah peningkatan hasil yang ketara, namun sekurang-kurangnya negara ada hasil tambahan,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

Terengganu MB reveals state exco portfolios

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar today announced the list of 11 portfolios for the state executive councillors, including a representative from Bersatu.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related