Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697439441:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 222
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:127:"Kenaikan pelbagai kos bahan mentah telah menyukarkan pengusaha makanan dan minuman untuk menyerap kenaikan duti eksais terbabit";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => bajet 2024
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bagaimanapun pada masa sama, Jawahar menyambut baik kenaikan duti eksais minuman bergula itu bertujuan mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan harian rakyat di Malaysia.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 44
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 124409
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752470923";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752630267";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753041345";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753041345
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kenaikan cukai minuman bergula: Pengusaha restoran beri bayangan naikkan harga tapi minimum | Scoop

Kenaikan cukai minuman bergula: Pengusaha restoran beri bayangan naikkan harga tapi minimum

Kenaikan pelbagai kos bahan mentah telah menyukarkan pengusaha makanan dan minuman untuk menyerap kenaikan duti eksais terbabit

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dijangka menaikkan harga minuman susulan kenaikan duti eksais semasa bagi minuman bergula dari 40 sen kepada 50 sen seliter.

Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kenaikan pelbagai kos bahan mentah telah menyukarkan pihaknya untuk menyerap kenaikan duti eksais terbabit.

Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan. – Gambar Bernama, 14 Oktober, 2023

“Kadar kenaikan kita tidak dapat jangkakan lagi namun peningkatan itu akan dilakukan dengan kadar minimum. Sudah terlalu banyak barang yang kita serap namun bagi duti eksais minuman bergula, sukar untuk kami lakukan.

“Sejujurnya, sebagai contoh, kalau ikutkan kenaikan harga beras, nasi juga kosnya meningkat sehingga RM1 sepinggan namun kita tidak tergamak lagi (naikkan harga). Kami tanggung kenaikan itu kerana memahami situasi semasa,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Bagaimanapun pada masa sama, Jawahar menyambut baik kenaikan duti eksais minuman bergula itu bertujuan mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan harian rakyat di Malaysia.

“Hikmah di sebalik kenaikan duti eksais ini ialah dapat mengurangkan penggunaan gula dalam minuman. Ini terletak pada bahu pengguna untuk kurangkan bahan itu. Jangan jadikan ia sebagai bebanan kerana gula merupakan penyebab diabetes Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Bajet 2024 mengumumkan kenaikan duti eksais ke atas minuman bergula daripada 40 sen kepada 50 sen seliter mulai tahun depan.

Menurut Anwar, hasil kutipan duti tersebut tidak akan digunakan oleh kerajaan namun disalurkan semula, khusus untuk menangani dan merawat penyakit kencing manis termasuk sokongan kepada pusat dialisis.

Bagaimanapun setakat ini masih belum ada perincian mengenai duti eksais minuman bergula itu.

Pengerusi Persatuan Food Truck Malaysia (Mafta), Datuk Mohamad Zaini Md Taha (tengah) bersama pengusaha Food Truck. – Gambar Facebook, 14 Oktober, 2023

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Food Truck Malaysia (Mafta), Datuk Mohamad Zaini Md Taha berkata, dengan kenaikan duti eksais itu, pihaknya akan mengurangkan kadar gula dalam minuman sebagai pilihan terakhir untuk tidak menaikkan harga.

Menurut beliau, tindakan ini juga jelas membuktikan persatuan tersebut senada dengan kerajaan untuk mengurangkan gula dalam minuman bagi mengelak rakyat Malaysia terjebak dengan diabetes.

“Kenapa nak naikkan harga kalau kita boleh kurangkan gula yang dilihat dapat membantu menjaga kesihatan. Ini adalah yang terbaik dan kempen ini perlu disahut semua peniaga.

“Kami sambut baik langkah kerajaan untuk menggunakan hasil duti itu bagi rawatan kencing manis dan pusat dialisis yang boleh membantu golongan memerlukan.

“Ini kerana kebanyakan peralatan di pusat kesihatan kerajaan berada dalam keadaan uzur serta rosak sehingga pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Rules on p-hailing charges, riders’ earnings coming: Transport Ministry

Regulations being drafted now that amendments to Land Public Transport Act on expanding regulatory control over the industry are in force

Ticket prices no excuse: fans urged to support Harimau Malaya

Ticket prices should not be an issue for loyal football fans flocking to the stadium tomorrow to support Harimau Malaya in the opening Group D match against Kyrgyzstan in the second round of the 2026 World Cup/2027 Asian Cup Qualifiers.

Related